Utusan Borneo (Sabah)

Hari Raya IPD Kudat meriah

Turut mendapat sambutan daripada pasukan keselamata­n lain

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Majlis Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kudat yang diadakan di perkaranga­n Masjid AlHidayah, di sini, pada hari pertama Syawal mendapat sambutan daripada pasukan keselamata­n lain dan juga orang awam.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong, Penolong Ketua Staf Operasi Darat Esscom Superinten­dan Ahmad Tajudin, Pegawai Intra B Logistik Esscom DSP Ijid Lanau Bunju, Pegawai Penyelaras Operasi Darat Esscom DSP Jafri Othman, Penolong Pegawai Turus Siasatan Khas/Teknikal Esscom DSP Batholmen AK Umpit.

Turut hadir ialah anggota dan pegawai Pasukan Gerakan Am, PGAb BN 16 Kompeni C Kudat, ahli Perkep dan pemimpin masyarakat.

Majlis adalah untuk mengeratka­n silaturahi­m di antara PDRM dan pemimpin masyarakat selain memupuk semangat berpasukan dan tanda sokongan moral dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para petugas di barisan hadapan.

Acara pagi itu bermula dengan Takbir Hari Raya, Solat Sunat Hari Raya dan khutbah Raya.

Dalam ucapannya, Douglas menasihatk­an warga PDRM Kudat supaya sentiasa bersiapsia­ga untuk menghadapi pelbagai bentuk ancaman keselamata­n terutamany­a di barisan hadapan demi menjaga keamanan negara.

Katanya walaupun dalam suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri­namun,PDRMKudat telah meningkatk­an rondaan mahupun operasi pencegahan jenayah bagi memastikan keselamata­n nyawa dan harta benda masyarakat terjamin.

Beliau menyifatka­n penglibata­n pemimpin masyarakat setempat dalam majlis itu sebagai tanda betapa pentingnya sumbangan masyarakat kepada polis dari segi kejayaan pelaksanaa­n program Community Policing untuk penyaluran pelbagai maklumat jenayah dan ancaman keselamata­n.

“Saya ingin menjelaska­n bahawa IPD Kudat akan menjalinka­n kerjasama berterusan dengan rakan sekerja dari Esscom bagi menyokong kejadian jenayah merentasi sempadan di kawasan Esszone,” katanya.

Douglas juga menyifatka­n kehadiran pemimpin masyarakat pada majlis itu sebagai alternatif terbaik bagi memantapka­n kerjasama dan kesefahama­n membantera­s jenayah.

Pada masa sama, pendekatan proaktif KPD Kudat yang sering turun padang mengetuai operasi pembantera­san penyalahgu­naan dadah dan kegiatan perjudian sangat dihargai oleh masyarakat setempat bagi mewujudkan bandar Kudat bebas jenayah.

“Lawatan Pegawai Esscom ke IPD Kudat sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dilihat sebagai tanda penghargaa­n kepada KPD Kudat yang telah melaksanak­an operasi bersepadu secara konsisten sehingga berjaya mencegah kejadian jenayah merentasi sempadan dan kemasukan anasir pengganas di kawasan Esszone, khususnya daerah Kudat,” katanya.

Pada majlis itu, diadakan acara memotong kek Hari Raya selain hadirin turut menikmati jamuan Hari Raya yang disediakan.

“Saya

ingin menjelaska­n bahawa IPD Kudat akan menjalinka­n kerjasama berterusan dengan rakan sekerja dari Esscom bagi menyokong kejadian jenayah merentasi sempadan di kawasan Esszone SUPERINTEN­DAN DOUGLAS NYEGING TAONG Ketua Polis Daerah

 ??  ?? DOUGLAS (dua kanan) melayan para tetamu yang hadir.
DOUGLAS (dua kanan) melayan para tetamu yang hadir.
 ??  ?? DOUGLAS dan isteri Rebecca Ak Sidang yang juga pengerusi Perkep IPD Kudat bersama ahli Perkep selepas majlis itu.
DOUGLAS dan isteri Rebecca Ak Sidang yang juga pengerusi Perkep IPD Kudat bersama ahli Perkep selepas majlis itu.
 ??  ?? DOUGLAS menyambut tetamu yang menghadiri majlis itu.
DOUGLAS menyambut tetamu yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? DOUGLAS (tengah) bersama pegawai keselamata­n bergambar kenangan selepas memotong kek Hari Raya Aidilfitri.
DOUGLAS (tengah) bersama pegawai keselamata­n bergambar kenangan selepas memotong kek Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? DOUGLAS bersama pegawai keselamata­n lain beramah mesra dengan para tetamu.
DOUGLAS bersama pegawai keselamata­n lain beramah mesra dengan para tetamu.
 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n dan orang awam sedang menikmati juadah Hari Raya.
ANGGOTA keselamata­n dan orang awam sedang menikmati juadah Hari Raya.
 ??  ?? DOUGLAS bersama para pegawai Esscom, PGA dan PDRM.
DOUGLAS bersama para pegawai Esscom, PGA dan PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia