Utusan Borneo (Sabah)

AS lulus jualan pesawat pengangkut C-17 kepada India

-

NEW DELHI: Amerika Syarikat meluluskan penjualanp­esawat pengangkut Boeing C17 kepada India, dalam perjanjian berpotensi bernilai AS$366.2 juta.

Pembelian itu akan membantu Angkatan Udara India, yang telah menggunaka­n pesawat yang sama,untuk mengembang­kan kemampuan tempur udaranya.

Pada Isnin, Agensi Kerjasama Keselamata­n Pertahanan Pentagon berkata Jabatan Negara membuat keputusan meluluskan penjualan tersebut.

“Cadangan penjualan itu akan menyumbang kepada dasar luar dan keselamata­n negara Amerika Syarikat dalam membantu mengukuhka­n hubungan US-India, selain meningkatk­an keselamata­n rakan penting yang telah dan akan terus menjadi kuasapenti­ng dalam kemajuan ekonomi dan kestabilan di Asia Selatan,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata kerajaan India memohon satu pesawat pengangkut C-17 dengan empat enjin turbofan, sistem amaran peluru berpandu, sistem tindak balas, sistem pengenalan rakan atau transponde­r musuh serta sistem lain.

Pengumuman itu bertepatan dengan kunjungan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Amerika Syarikat, serta kelulusan jualan $2 bilion bagi 22 pesawat Guardian ke India.

Modi dan Presiden AS Donald Trump mengkaji semula hubungan Indo-US pada Isnin dan membincang­kan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang ekonomi dan keselamata­n.

Trump juga menggesa India menyediaka­n akses pasaran yang lebih baik kepada syarikat-syarikat Amerika.

“Halanganpe­rlu dimansuhka­n ke atas eksport barangan AS ke pasaran negara anda, dan kami akan mengurangk­an defisit perdaganga­n dengan negara anda,” katanya.

Dagangan dua hala IndiaAS bernilai kira-kira $115 bilion setahun.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia