Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa kerja keras tarik pelaburan ke dalam negara

-

TANAH MERAH: Kerajaan sentiasa bekerja keras dalam usaha menarik pelaburan luar ke negara ini dan memastikan ekonomi negara terus berkembang bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia terbukti apabila negara mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini walaupun dunia berdepan cabaran geopolitik serta keadaan tidak menentu di beberapa negara Eropah dan Timur Tengah ketika ini.

“Kerajaan mempunyai matlamat bagi memastikan pelaburand­anekonomin­egara terus berkembang kerana kita mahu menyediaka­n peluangpel­uang pekerjaan kepada golong muda di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a di Darul Falah yang dikunjungi lebih 10,000 pengunjung di sini, semalam.

Mustapa berkata, pelaburan negara luar amat penting bagi memastikan wujudnya peluang pekerjaan terutama untuk lepasan universiti.

“Lebih banyak pelaburan, lebih banyak peluang pekerjaan disediakan. Oleh itu kerajaan ketika ini terus berusaha menarik lebih banyak pelabur besar dan berpontesi dari Eropah, Jepun, China dan lain-lain negara untuk melakukan pelaburan dalam negara.

“Kita akan terus bekerja walaupun menerima kritikan daripada banyak pihak kerana kita tahu ini adalah tanggungja­wab kerajaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Justerukat­anyarakyat­perlu mengekalka­n kemakmuran dan keamanan negara bagi membolehka­n hasrat tersebut dapat dicapai kerana pelabur mementingk­an kestabilan politik sebagai jaminan terhadap pelaburan mereka.Bernama

 ??  ?? MENTERI Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri) bersama isteri Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah (kiri) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Darul Falah kelmarin.
MENTERI Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri) bersama isteri Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah (kiri) melayan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Darul Falah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia