Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi VR rahmat untuk bakal pembeli hartanah

Menawarkan pengalaman tontonan realistik 360 darjah

-

KUALA LUMPUR: Pembeli hartanah di Malaysia tidak lama lagi akan dapat melihat prospek hartanah menerusi teknologi realiti maya (VR), yang menawarkan pengalaman tontonan realistik 360 darjah.

Ketua Pegawai Eksekutif REA Group Ltd, Tracey Fellows berkata kumpulan itu sedang menjalanka­n beberapa siri ujian perintis bagi meningkatk­an pengalaman pelanggan ketika membeli hartanah.

REA Group ialah syarikat pengiklana­n digital multinasio­nal yang berpangkal­an di Australia yang membuat pengkhusus­an dalam bidang hartanah, dan merupakan syarikat induk kepada beberapa laman web hartanah global, termasuk iProperty Group.

“Kami adalah rakan kongsi Google di seluruh dunia untuk Aplikasi Realiti Maya Google Daydream, dan kami mempunyai aplikasi hartanah VR pertama, yang membolehka­n pelanggan melihat prospektif hartanah menerusi kaca mata VR.

“Kami menggunaka­n teknologi digital untuk mengubah cara orang ramai mencari dan melalui pengalaman dalam pencarian hartanah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Fellows berkata kumpulan itu sentiasa mengenal pasti inovasi dan teknologi baharu dalam pasaran hartanah.

“Kami benar-benar percaya bahawa teknologi dan inovasi dapat menjadikan pengalaman pencarian hartanah lebih baik dalam kalangan pengguna, namun saya menjangkak­an kaedah itu akan mengambil sedikit masa sebelum VR dilaksanak­an secara meluas.

“Pada masa ini, kami mempunyai perkhidmat­an VR di Australia, namun belum digunakan secara meluas disebabkan kesukaran mendapatka­n peralatan seperti goggle dan lain-lain,” katanya.

Beliau bagaimanap­un membayangk­an teknologi itu boleh didapati di pasaran tempatan tidak lama lagi dan akan diperkenal­kan dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Pengurus Besar iProperty Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchand­ani, berkata REA sentiasa meneruskan inovasi teknologi dan perkhidmat­annya untuk membantu dunia mengalami pengalaman pencarian hartanah dalam keadaan berbeza.

“Apa yang anda lihat (teknologi 3D di Australia) sedang dibangunka­n di Malaysia.

“Kami sedang mencipta versi kedua goggle VR di Malaysia,dankamimel­ibatkan diri bersama pemaju hartanah untuk digunakan di pasaran tempatan.

“Akan ada produk maya yang lain. Orang ramai menghabisk­an lebih banyak masa di Internet, dan saya percaya mereka bersedia menerima inovasi seperti ini dalam pasaran hartanah,” katanya.

iProperty baru-baru ini memperkena­lkan aplikasi mudah alih baharu, dengan memperhalu­si semula pengalaman carian hartanah untuk pengguna, menjadikan­nya lebih mudah, lebih cepat dan lebih bersepadu.

“Aplikasi ini memberi manfaat kepada pengguna, pemaju dan pemilik hartanah memandangk­an pembeli kini boleh melihat lebih banyak hartanah daripada sekumpulan syarikat pemaju dan pemilik hartanah secara lebih luas.

“Dalam tempoh seminggu, berdaftar dengan aplikasi itu, pemaju mencatatka­n peningkata­n 40 peratus pertanyaan daripada bakal pembeli, dan kami menjangkak­an angka itu akan terus meningkat,” katanya.Bernama

Kami menggunaka­n teknologi digital untuk mengubah cara orang ramai mencari dan melalui pengalaman dalam pencarian hartanah TRACEY FELLOWS Ketua Pegawai Eksekutif REA Group Ltd

 ??  ??
 ??  ?? PENGURUS Besar iProperty Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchand­ani ketika ditemubual dengan Bernama baru-baru ini.
PENGURUS Besar iProperty Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchand­ani ketika ditemubual dengan Bernama baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia