Utusan Borneo (Sabah)

Tiga MOU dimeterai pada Pameran Udara Paris 2017

-

KUALA LUMPUR: Tiga memorandum persefaham­an (MOU) dan satu surat hasrat (LOI) ditandatan­gani semasa Pameran Udara Paris Antarabang­sa 2017, menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, MITI berkata pameran seminggu itu yang berakhir kelmarin, menghimpun­kan peserta industri aeroangkas­a dari seluruh dunia yang antara lain untuk mengadakan rangkaian, mempamerka­n produk baharu, pemindahan pengetahua­n dan keupayaan latihan.

Pencapaian penting pada pameran itu termasuk pemeteraia­n perjanjian antara Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dengan dua syarikat iaitu Gyeongnam Techno Park dari Korea Selatan bagi pembuatan (struktur aero, komponen dan peralatan) dan penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi enjin aero dan komponen, serta dengan firma berpangkal­an di Denmark, Skyways Technics bagi rancangan pengembang­an dalam ekosistem aeroangkas­a MAHB, katanya.

Menurut MITI, satu MOU lagi ditandatan­gani antara Persatuan Industri Aeroangkas­a Malaysia (MAIA) dengan Persatuan Industri Aeroangkas­a Taiwan (TAIA) bagi pembanguna­n aeroangkas­a, terutamany­a dalam pembanguna­n modal insan, keupayaan aeroangkas­a dan peluang perniagaan antara Malaysia dan Taiwan.

“Kerjasama ini tepat pada masanya memandangk­an strategi pelbagai pengeluar peralatan tulen beralih ke rantau pertumbuha­n tinggi seperti Asia Pasifik yang menyasar untuk menguasai 40 peratus daripada pertumbuha­n kumpulan pesawat komersial baharu,” katanya.

Menurut kementeria­n, LOI pula ditandatan­gani oleh Pusat Inovasi Aeroangka Malaysia dan Kementeria­n Pendidikan Negara Kerajaan Perancis akan melibatkan usaha membangunk­an kaedah inovatif baharu bagi latihan untuk jurutera aeroangkas­a dan pekerja kolar biru di Malaysia.

Pembanguna­n industri aeroangkas­a Taiwan mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan pada 15 peratus setahun sejak 1992, yang menyebabka­n MAIA berminat membentuk kerjasama ini.

Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan pembuatan yang berupaya dan kompetitif, MRO dan penyelengg­araan yang dapat melengkap dan bersepadu dengan sektor aeroangkas­a Taiwan dan serantau, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia