Utusan Borneo (Sabah)

Peranti IOT di rumah pintar kini jadi sasaran

Potensi digodam tiada hujungnya jika guna peranti dengan standard keselamata­n rendah

-

SINGAPURA: Penjenayah siber kini semakin kreatif dan mencari kaedah baharu dan canggih untuk mengakses data penting dan kini peranti Internet Segala-galanya (IoT) di kediaman pintar menjadi sasaran terbaharu, kata McAfee, syarikat teknologi keselamata­nkhususter­besar dunia.

Dalam temu bual dengan Bernama, Naib Presiden Pengguna, Asia Pasifik David Freer berkata terdapat sejumlah 5.5 juta peranti IoT yang disambungk­an ke rumah di seluruh dunia setiap hari.

“Banyak peranti penghubung ini dikeluarka­n dengan standard keselamata­n yang rendah, dan dengan peranti ini dihubungka­n kepada satu penghala (router), mewujudkan lebih banyak gerbang ke dalam rangkaian kediaman pintar, sekali gus menjadikan ia lebih mudah dikompromi,” katanya.

Menurutnya sebaik penjenayah siber menemukan jalan masuk ke rangkaian kediaman menerusi peranti ini, potensi menggodam secara maya tiada penghujung­nya.

“Mereka boleh mengawal seluruh rumah - mengawal cahaya lampu rumah, mengakses kamera serta memerhatik­an kehidupan anda, menutup peranti dan paling teruk, memperoleh sebarang data peribadi yang dihantar ke seluruh rangkaian,” katanya.

Memetik laporan MIMOS, pusat penyelidik­an dan pembanguna­n Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi, McAfee berkata IoT di negara ini mempunyai potensi ekonomi bernilai RM9.5 bilion pada 2020, dan akan berkembang pesat melepasi 2020 untuk mencapai RM42.5 bilion.

Kajian oleh McAfee bagi memahami sepenuhnya amalan penggunaan kata laluan, mendedahka­n lebih separuh daripada responden tidak ragu-ragu untuk berkongsi kata laluan dengan yang lain, dan hampir satu pertiga menggunaka­n kata laluan yang sama atau serupa bagi pelbagai akaun.

“Penemuan yang mengejutka­n ini menunjukka­n pengguna masih tidak mengutamak­an keselamata­n peranti mereka, walaupun ancaman siber berpotensi menjejaska­n mereka,” kata Freer.

Beliau menasihati pengguna supaya melindungi peranti peribadi mereka dengan menggunaka­n kata laluan yang kompleks yang unik untuk setiap akaun, menggunaka­n pengesahan pelbagai faktor seperti perakuan cap jari, sentiasa menukar kata laluan dan menimbang menggunaka­n pengurus kata laluan seperti aplikasi True Key.

Tinjauan McAfee mendapati hanya 42 peratus pengguna mengambil langkah keselamata­n yang tepat untuk melindungi alat baharu mereka.

Namun, walaupun mereka mengakui pentingnya menjaga keselamata­n peranti masing-masing, 47 peratus daripadany­a tidak pasti sama ada mereka telah mengambil langkah keselamata­n yang betul. — Bernama

Terdapat sejumlah 5.5 juta peranti IoT yang disambungk­an ke rumah di seluruh dunia setiap hari. DAVID FREER Naib Presiden Pengguna, Asia Pasifik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia