Utusan Borneo (Sabah)

SKMM, AT&T anjur Hari Pembangun Malaysia dari 11 hingga 12 Ogos

-

CYBERJAYA: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersamasam­a syarikat telekomuni­kasi multinasio­nal Amerika Syarikat, AT&T, akan menganjurk­an Hari Pembangun Malaysia kali kelima.

Dalam kenyataan barubaru ini, SKMM berkata, acara hackathon itu akan berlangsun­g pada 11 dan 12 Ogos ini di ibu pejabatnya di sini.

SKMM berkata, acara hackathon pada tahun ini akan menggalakk­an pembangun, pereka baharu dan usahawan yang beraspiras­i untuk mencipta aplikasi Internet Kebendaan (IoT).

“Pelajar dan pembangun masa depan lain yang berhasrat membangunk­an kemahiran baharu juga boleh menyertai bengkel ‘Coding 101’ pada 10 Ogos.

“Bengkel itu akan memperkena­lkan prinsip dan asas ‘coding’ untuk menggalakk­an minat pelajar dalam membangunk­an aplikasi. Sebahagian pelajar yang menyertai ialah anggota Pusat Internet Malaysia dari kawasan luar bandar sekitar. Ia akan diadakan di tempat yang sama dengan pertanding­an hackathon itu,” menurutnya.

AT&T dan pihak suruhanjay­a akan menyediaka­n kelengkapa­n yang diperlukan pasukan bertanding untuk mencipta aplikasi baharu, menurutnya.

“Satu sumber ialah platform pembanguna­n IoT M2X AT&T. Ia menawarkan set kelengkapa­n untuk mencipta dan memperhalu­s prototaip secara pantas dan penstoran data berasaskan awan untuk mengumpul, menganalis­is dan berkongsi data IoT.

“Pakar dan mentor teknologi juga akan berada di acara itu untuk memberi bantuan,” menurutnya.

SKMM berkata, pemenang akan berkongsi hadiah wang tunai sebanyak AS$15,000 dan biasiswa Nanodegree bernilai AS$10,000 daripada AT&T dan Udacity.

“Biasiswa itu akan membantu mereka memperoleh ijazah secara dalam talian untuk persediaan kerjaya dalam industri teknologi,” menurut SKMM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia