Utusan Borneo (Sabah)

Bot pelancong karam di Colombia, 6 maut, 31 hilang

-

GUATAPE: Sekurangku­rangnya enam orang mati dan 31 lagi hilang selepas sebuah bot pelanconga­n karam di sebuah takungan air di barat laut Colombia kelmarin, kata presiden negara itu.

Pihak berkuasa belum lagi menyebut apa punca yang menyebabka­n kapal empat dek Almirante untuk karam dalam takungan air El Penol di bandar pelanconga­n Guatape, di mana pelancong Colombia dan asing mengadakan pelayaran peranginan.

“Enam orang mati setakat ini dan 31 dilaporkan hilang,” kata Santos kepada pemberita di Guatape, selepas kerajaan negeri sebelum itu memberi bilangan kematian sekurangku­rangnya sebanyak sembilan.

Seorang pegawai dalam Unit Pengurusan Risiko Kebangsaan, Carlos Ivan Marquez, mengesahka­n enam kematian berkenaan secara berasingan kepada AFP. Dia berkata mereka “semua warga Colombia, dan tiada kanak-kanak”.

Pihak berkuasa serantau berkata bot itu membawa 170 orang, yang kebanyakan­nya diselamatk­an oleh bot lain atau menyelamat­kan diri sendiri.

“Ia karam dengan amat cepat sekali. Segalanya berlaku dalam masa beberapa minit,” kata seorang kapten jabatan bomba yang terlibat dalam usaha menyelamat, Luis Bernardo Morales.

Sebuah helikopter dari tentera udara dan dua dari tentera darat turut membantu dalam operasi menyelamat, kata pihak tentera.

Takungan air itu terletak 68 kilometer dari kota Medellin dan merupakan salah satu tarikan pelanconga­n utama dalam daerah Antioquia.

Seorang wanita yang terselamat, Laura Baquero, berkata dalam televisyen bahawa dua dek bawah “terlalu sesak” dan penumpang tidak memakai jaket keselamata­n.

“Kami mula rasa seakanakan bot itu akan terbalik,” katanya.

Dia berkata “ramai kanakkanak” berada di atas bot.

Santos berkata dia diberitahu “bot itu mempunyai kapasiti yang lebih besar daripada jumlah orang di dalam bot, jadi ia karam bukan kerana muatan berlebihan”.

Dia berkata pakar tentera laut sudah datang untuk menyiasat puncanya dan penyelam akan terus mencari orang sepanjang malam.

Kerajaan wilayah Antioquia berkata dalam Twitter bahawa 24 orang yang terperangk­ap dalam bangkai bot sedang menerima rawatan di hospital.

Video yang diedarkan dalam media sosial menunjukka­n kapal sedang tenggelam dan puluhan kapal lain mendekatin­ya untuk cuba menyelamat­kan orang.

“Apa yang kita lihat dalam video ialah bot itu sangat dekat dengan pelabuhan, dan kami tidak tahu sama ia adalah kerosakan enjin, muatan berlebihan atau sesuatu yang ada kaitan dengan arus yang menyebabka­nnya untuk tenggelam,” kata Kapten Morales dari jabatan bomba.

Dia berkata penyelamat menghadapi masalah untuk sampai ke takungan air menerusi jalan disebabkan oleh trafik yang sesak di lebuh raya utama MedellinBo­gota.

Guatape penuh dengan pelancong pada hujung minggu yang panjang seperti ini, kerana semalam adalah hari cuti umum di Colombia.

Pelawat datang untuk pelayaran sejam atau dua jam di takungan air itu selain mengail dan jet-ski.

Jabatan bomba negara berkata ia telah menghantar anggota bomba dari enam bandar untuk membantu.

Datuk bandar Medellin Federico Gutierrez berkata dia menghantar satu pasukan yang diketuai seorang kapten kru bomba dan lima penyelam skuba.

“Kawasan itu sukar sedikit untuk dihampiri dan beberapa pasukan menyelamat dan kecemasan sudah mula turut serta,” katanya dalam Blu Radio.

Dewan perbandara­n Guatape mengisytih­arkan tempoh berkabung selama tiga hari. — AFP

 ?? — Gambar Juan Quiroz/Reuters ?? IMEJ video daripada media sosial menunjukka­n bot pelancong karam dalam takungan air El Penol di Colombia kelmarin.
— Gambar Juan Quiroz/Reuters IMEJ video daripada media sosial menunjukka­n bot pelancong karam dalam takungan air El Penol di Colombia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia