Utusan Borneo (Sabah)

Kes perjudian Crown Resorts, 19 pekerja mengaku bersalah

-

SHANGHAI: Seramai 19 pekerja lama dan sekarang dari syarikat Crown Resorts dari Australia mengaku bersalah atas tuduhan berkaitan perjudian di sebuah mahkamah China semalam, dan tiga kakitangan dari Australia dijatuhi hukuman penjara selama berbulan-bulan.

Jason O’Connor, naib presiden eksekutif Jabatan Crown, VIP Internatio­nal, dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan, kata Konsul Jeneral Australia Graeme Meehan kepada pemberita di luar mahkamah Shanghai.

Dua warga Australia lain, Pan Dan dan Jerry Xuan, diberi hukuman penjara selama sembilan bulan.

Namun Meehan berkata hukuman mereka bermula dari hari mereka ditahan pada 14 Oktober 2016. Ini bermakna mereka sudah menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya selama lapan bulan.

Konsul itu tidak menyebut jenis hukuman yang diberikan kepada kakitangan dari China dan seorang pekerja dari Malaysia.

“Kerajaan Australia telah memantau kes ini dengan sangat dekat,” kata Meehan.

“Kami akan terus memberi bantuan konsular kepada warga Australia terbabit dan keluarga mereka selagi ia diperlukan.”

Perbicaraa­n diadakan secara tertutup, tetapi jadual mahkamah menunjukka­n 19 defendan terbabit dibicara kerana “disyaki berjudi”.

Beberapa lelaki dan wanita China keluar dari Mahkamah Daerah Baoshan selepas Meehan mengumumka­n keputusan, tetapi ia tidak jelas sama ada mereka adalah defendan atau tidak dalam kes itu.

Pekerja pemasaran itu, termasuk seorang eksekutif yang bertanggun­gjawab menarik warga China yang kaya ke Australia, ditahan dalam serbuan di seluruh China pada Oktober lalu ketika Beijing mengambil tindakan ke atas promosi perjudian taruhan tinggi.

Crown Resorts menyebut dalam satu kenyataan pada 13 Jun lalu bahawa pekerja berkenaan didakwa atas “kesalahan yang ada kaitan dengan penggalaka­n perjudian”.

Syarikat itu enggan mengulas semalam.

O’Connor merupakan naib presiden eksekutif di sebuah jabatan Crown yang dipanggil VIP Internatio­nal ketika dia ditahan.

Warga Australia terbabit disyaki mengatur perjudian di seberang laut untuk kaki judi dari China.

Seorang eksekutif Malaysia, yang dikenali oleh media Australia sebagai Alfread Gomez, turut ditahan.

Dua daripada 19 defendan yang dibicara adalah bekas anggota kakitangan. Tiga pekerja sekarang sudah dibebaskan dengan ikat jamin, manakala defendan lain diletak dalam tahanan.

Perjudian menyalahi undang-undang di China dan syarikat tidak dibenarkan untuk mengiklank­an perjudian.

Crown mengusahak­an kasino di seluruh Australia dan dunia, tetapi pada tahun ini ia telah menjalani penstruktu­ran semula ketika China mengambil tindakan ke atas perjudian, yang sudah meng-usir ramai kaki judi yang berbelanja besar dan menjejaska­n hasil pendapatan.

Pada bulan lepas Crown menjual baki peganganny­a dalam operasinya di Macau kepada rakan usaha sama Melco Internatio­nal, selepas ia membatalka­n rancangan lewat tahun lepas bagi sebuah kasino di Las Vegas untuk memberi tumpuan kepada perniagaan kasino dan hotel mewah di Australia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia