Utusan Borneo (Sabah)

Kesatuan VW Slovakia setuju kenaikan gaji, henti mogok

-

BRATISLAVA: Kesatuan di Volkswagen (VW) Slovakia pada Ahad berkata mereka menamatkan mogok selama enam hari selepas menyetujui kenaikan gaji sebanyak 14.1 peratus bersama pengurusan di syarikat swasta terbesar dalam negara eurozon itu.

“Kami menamatkan mogok kami,” kata ketua kesatuan sekerja Zoroslav Smolinsky kepada wartawan selepas rundingan maraton dengan majikan di kilang Bratislava.

Jurucakap VW Lucia Kovarovic Makayova memberitah­u AFP kenaikan gaji 14.1 peratus yang dipersetuj­ui akan dibuat dalam tiga bayaran dan siap menjelang November 2018.

Pekerja juga akan mendapat bonus sekali sebanyak 500 euro (RM2,400) dan satu hari rehat tambahan, menurut jurucakap itu.

Sekarang gaji purata di kilang VW di Bratislava adalah 1,800 euro (RM8,640), tidak termasuk gaji pengurus, menurut syarikat itu.

Gaji purata di Slovakia adalah 980 euro (RM4,700).

Pekerja melancarka­n mogok Selasa lepas setelah pengurusan menolak tuntutan kesatuan bagi kenaikan gaji sebanyak 16 peratus, sebaliknya menawarkan kenaikan sebanyak lapan peratus.

Smolinsky berkata seramai 10,000 daripada 12,300 pekerja di kilang berkenaan menghentik­an kerja buat pertama kali sejak pengeluara­n bermula di tapak itu pada 1992.

Mogok itu menghentik­an pengeluara­n kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mewah seperti Touareg atau Audi Q7.

Perdana menteri haluan kiri Slovakia Robert Fico menyokong tuntutan gaji para pekerja tersebut.

“Jika kita tahu produktivi­ti tertinggi dan kualiti tertinggi ada di Bratislava, mereka menghasilk­an kereta paling mahal dalam seluruh syarikat, kenapakah pekerja di sini hanya mendapat satu pertiga sahaja daripada rakan-rakan (Jerman) mereka dalam syarikat yang sama?” kata Fico kepada sebuah stesen radio tempatan Sabtu lepas.

Menurut kesatuan pekerja auto Slovak, gaji permulaan di kilang VW Jerman adalah 2,037 euro (RM9,800), manakala di Slovakia ia adalah 679 euro (RM3,260). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia