Utusan Borneo (Sabah)

Datuk bandar seluruh dunia gesa pemimpin G20 ‘selamatkan planet’

-

PARIS: Puluhan datuk bandar dari seluruh dunia – termasuk Washington, Berlin, Paris, Tokyo dan Sydney – semalam menyeru kepada para pemimpin Kumpulan 20 (G20) untuk meneruskan komitmen mereka kepada usaha menangani perubahan iklim.

Dalam satu teks bersama yang diedarkan kepada saluran media di seluruh dunia dan dipaparkan dalam talian, datuk bandar ‘C40’ “bandar raya hebat di dunia” menggesa pemimpin dari G20 “bagi pihak ratusan juta warga yang mereka wakili untuk menunaikan komitmen anda bagi menangani perubahan iklim, salah satu isu paling mendesak di dunia”.

Ekoran keputusan Presiden Amerika (AS) Syarikat Donald Trump untuk keluar dari perjanjian perubahan iklim di Paris, “keazaman 19 pemimpin lain di Sidang Kemuncak G20 untuk me-lindungi masa depan planet kita adalah semakin penting”, tambah kenyataan itu. Dua puluh pemimpin terbabit akan berhimpun di Hamburg, Jerman, pada 7 dan 8 Julai.

Datuk bandar kota raya di dunia, diketuai Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, berkata mereka mendapat dorongan daripada “keberanian” yang ditunjukka­n oleh lebih 300 datuk bandar di kota raya seluruh AS yang telah memberikan komitmen untuk menegakkan Perjanjian Paris walaupun Trump membuat keputusan sebaliknya.

Matlamat teras Perjanjian Paris adalah bagi negara untuk mengambil langkah dengan tujuan membataska­n pemanasan bumi kepada dua darjah Celsius.

Namun Trump menyata-kan perjanjian iklim itu, yang ditandatan­gani hampir 200 negara, akan menyusahka­n AS dengan “beban ekonomi dan kewangan yang kejam” manakala pesaing terlepas begitu sahaja.

Senarai datuk bandar yang menandatan­gani kenyataan itu termasuk mereka dari Karachi, Montreal, Rio de Janeiro, Melbourne, Chicago, Warsaw, Seoul dan Vancouver.

“Pemimpin tempatan di seluruh dunia akan berdiri bersama anda, menggandak­an lagi komitmen kami kepada tindakan berani berhubung perubahan iklim, bekerja dengan tokoh perniagaan dan warga di seluruh du-nia,” datuk bandar terbabit menyebut dalam kenyataan mereka, dan menggesa rakyat jelata untuk menandatan­gani petisyen bagi menyokong per-juangan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia