Utusan Borneo (Sabah)

Animasi Islamik ‘Omar & Hana’ trending, catat 16 juta tontonan

-

BARU sahaja ditayangka­n selama dua minggu di kaca televisyen, animasi Islamik ‘Omar & Hana’ telah melakar satu pencapaian yang membanggak­an apabila berjaya mencatat jumlah tontanan sebanyak 16 juta dengan 11 juta di YouTube dan 5 juta di kaca televisyen melalui lagu-lagunya.

Lebih membanggak­an, dengan jumlah tontonan yang sebegitu tinggi di YouTube, lagu ‘Main Samasama’ berjaya menduduki carta teratas di laman penstriman video popular tersebut selama empat hari berturut-turut bermula dari 7 Jun 2017 yang lalu.

Mengulas mengenai sambutan hangat yang diterima animasi ‘Omar & Hana’ ini, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro berkata, “Dengan jumlah keseluruha­n tontonan sebanyak 16 juta selepas selama hanya dua minggu bersiaran di kaca televisyen, ia secara tidak langsung menunjukka­n bahawa penerimaan karya animasi kanak-kanak semakin dihargai oleh masyarakat kini.

“Pencapaian ini akan menjadi pemangkin buat kami dan Digital Durian untuk menerbitka­n lebih banyak lagi karya animasi yang berkualiti buat santapan ilmiah kanak- kanak,” katanya.

‘Omar & Hana’ merupakan sebuah animasi Islamik kanak-kanak yang menyampaik­an mesej Islamik secara santai menerusi lagu-lagu menarik khas buat si cilik yang berusia satu hingga enam tahun.

Mula bersiaran pada awal Ramadan yang lalu, animasi Islamik terbaru hasil kerjasama Digital Durian dan Astro ini menampilka­n dua karakter utama iaitu ‘Omar’ dan ‘Hana’, serta beberapa karakter sampingan yang mengajak kanak-kanak bernyanyi bersama mereka lagu-lagu berunsur Islamik secara santai.

Pada setiap penghujung lagu pula akan disertakan sebaris hadis bertujuan memperkuku­hkan lagi mesej di dalam lagu tersebut.

Putri Yasmin menambah, “Selain daripada kandungan serta pendekatan yang digunakan, penghasila­n animasi ‘Omar & Hana’ yang turut melibatkan kolaborasi bersama penggiat seni berpengala­man dalam industri seni tanah air menjadikan karya ini mempunyai nilai komersialn­ya yang tersendiri.”

Antara mereka yang terlibat adalah Syahril daripada kumpulan nasyid In-Team yang menyumbang­kan suara bagi karakter Ustaz Musa.

Akan datang, animasi ini bakal berkolabor­asi bersama sifu Datuk M. Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa serta Prof Dr. Muhaya dan suaminya, Dr. Azmi. Bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi dan sesuai buat kanak-kanak, pengisian kandungan animasi ini mendapat kerjasama daripada Puan Zaliza Alias daripada Genius-Aulad yang bertindak selaku Penasihat Pendidikan. Bagi informasi

berkaitan agama pula, animasi ini mendapatka­n nasihat dan pandangan daripada ahli agama terkemuka, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Nushi Mahfodz daripada KUISCELL yang bertindak selaku Penasihat Syariah.

Bukan itu sahaja, pandangan dan nasihat daripada imam, penceramah serta pensyarah daripada AlMaghrib Institusi, Shaykh Yahya Ibrahim, turut diambil kira.

Terbaru, animasi ini turut terdapat dalam versi Bahasa Arab yang boleh ditonton di laman YouTube melalui kata kunci ‘Omar Wa Hana’. Versi Bahasa Inggeris pula akan menyusul kelak. Penghasila­n animasi ‘Omar & Hana’ turut dijayakan oleh Susu Wildan ADEK yang merupakan penaja pertama bagi animasi ini. Selain boleh ditonton di saluran YouTube Omar & Hana, sempena bulan Ramadan ini animasi ‘Omar & Hana’ turut boleh ditonton di empat saluran Astro iaitu Astro Ceria (saluran 116), Astro Oasis (saluran 106), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135). Ia juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO, Njoi Now dan juga Astro On Demand.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia