Utusan Borneo (Sabah)

Kongsi maklumat benar mengenai pemakanan cegah risiko kanser

-

AKHIR-akhir ini terdapat banyak perkongsia­n melalui media sosial berkaitan makanan atau diet yang perlu diamalkan untuk mencegah serangan penyakit kanser.

Namun tidak diketahui sejauh mana kebenaran perkongsia­n tersebut dan sumbernya apatah lagi terdapat percanggah­an antara artikel-artikel tersebut.

Ada antara artikel melaporkan kononnya makanan seperti soya merupakan agen pembiak kanser yang aktif dan individu seharusnya mengelak makanan tersebut dalam diet harian.

Ada juga yang mendakwa memakan ayam atau daging dalam pasaran adalah berisiko mendapat kanser berbanding memakan produk organik atau ayam kampung.

Tidak ketinggala­n amalan memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro juga dikatakan boleh menyumbang kepada kanser.

Pakar diet merangkap Eksekutif Pembanguna­n Pendidikan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM), Lim Chooing berkata sehingga kini tidak ada bukti untuk membuktika­n bahawa ayam komersial boleh meningkatk­an risiko kanser.

“Ada percaya di mana ayam biasa disuntik dengan hormon pertumbuha­n atau bahan kimia lain yang menjadikan ayam yang tidak selamat untuk dimakan atau boleh mencetuska­n perkembang­an kanser,” katanya kepada Bernama.

Justeru, menasihati­kan bahawa seseorang itu perlu mengambil diet yang seimbang dengan sumber protein yang baik seperti ayam, ikan, produk tenusu rendah lemak, dan makanan bersoya.

Soya semula jadi sebagai minuman, katanya, adalah amat baik untuk kesihatan, malah memberi faedah kepada bekas pesakit kanser.

“Cuma soya yang diproses menjadi suplemen kita tidak tahu sejauh mana ia memberi risiko penyakit kanser,”kata Chooing.

Bagaimanap­un, katanya, individu dinasihat mengehadka­n pengambila­n daging merah seperti daging lembu, kambing dan mengelak daging diproses seperti ham, bakon dan sosej.

Chooing berkata pesakit kanser atau orang awam juga digalakkan untuk makan pelbagai jenis buahbuahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni seperti lobak merah, beri biru dan kubis merah kerana ia memberi semua nutrien yang diperlukan.

Sementara itu, menyentuh mengenai perasa makanan seperti monosodium glutamat yang juga disebut boleh menggalakk­an kanser, Chooing berkata tiada kajian membuktika­n bahawa perasa boleh membawa kepada kanser.

Begitu juga tanggapan kononnya dengan amalan memasak atau memanaskan makanan dalam ketuhar gelombang mikro menyebabka­n kanser adalah tidak berasas sama sekali, katanya.

“Ketuhar gelombang mikro tidak membuat makanan menjadi radioaktif. Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan dengan menghasilk­an radiasi yang diserap oleh molekul air dalam makanan. Ini menjadikan molekul air bergetar dan menghasilk­an haba, yang memasak makanan.

“Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan. Mereka tidak membuat apaapa perubahan kepada makanan yang tidak dibuat dalam mana-mana kaedah memasak lain,”katanya.

Katanya, lagi orang awam yang mahu tahu mengenai diet yang sesuai bagi pesakit kanser atau makanan sihat untuk mencegah kanser boleh merujuk kepada NCSM atau pertubuhan berkaitan kanser lain bagi mengelak kekeliruan fakta.

“Orang awam boleh menghubung­i talian free tol 1-800-08-1000 untuk maklumat mengenai kanser dan memuat turun aplikasi ‘Stronger Than Cancer’ yang direka khas untuk pesakit kanser, bekas pesakit dan orang awam. - Bernama

 ?? (Bawah) ?? KAMI warga Kelab Blok Apresiasi Karya Anak Tawau (B.A.K.A.T) mengucapka­n Salam Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat-handai dan industri kreatif tempatan khususnya, para penggiat seni lakon di seluruh Sabah. Semoga hari kemenangan yang...
(Bawah) KAMI warga Kelab Blok Apresiasi Karya Anak Tawau (B.A.K.A.T) mengucapka­n Salam Aidilfitri kepada semua ahli keluarga, sahabat-handai dan industri kreatif tempatan khususnya, para penggiat seni lakon di seluruh Sabah. Semoga hari kemenangan yang...
 ??  ?? (Bawah) SAYA dan isteri serta anak-anak yang berasal dari Tawau mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang berada di Kota Kinabalu dan Sandakan, serta rakan-rakan media sosial, tidak kira walau di mana sahaja...
(Bawah) SAYA dan isteri serta anak-anak yang berasal dari Tawau mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang berada di Kota Kinabalu dan Sandakan, serta rakan-rakan media sosial, tidak kira walau di mana sahaja...
 ??  ?? (Bawah) KAMI anak-anak jati Kg Jambatan Putih, Tawau ingin mengucapka­n Salam Lebaran kepada sanak-saudara serta ahli keluarga dan kenalan yang berada di perantauan tidak kira walau di mana sahaja berada. Maaf zahir dan batin.
(Bawah) KAMI anak-anak jati Kg Jambatan Putih, Tawau ingin mengucapka­n Salam Lebaran kepada sanak-saudara serta ahli keluarga dan kenalan yang berada di perantauan tidak kira walau di mana sahaja berada. Maaf zahir dan batin.
 ??  ??
 ??  ?? (Kanan) BUAT semua kenalan, kawan, rakan, teman, sahabat, saudara dan keluarga di seluruh Sabah, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H. Maaf Zahir & Batin. Semoga Allah mengizinka­n kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan 1439H. Inn Shaa Allah. Daripada:...
(Kanan) BUAT semua kenalan, kawan, rakan, teman, sahabat, saudara dan keluarga di seluruh Sabah, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H. Maaf Zahir & Batin. Semoga Allah mengizinka­n kita semua untuk bertemu dengan Ramadhan 1439H. Inn Shaa Allah. Daripada:...
 ??  ??
 ??  ?? (Atas) KAMI anak-anak jati Kg Jambatan Putih, Tawau ingin mengucapka­n Salam Lebaran kepada sanak-saudara serta ahli keluarga dan kenalan yang berada di perantauan tidak kira walau di mana sahaja berada. Maaf zahir dan batin.
(Atas) KAMI anak-anak jati Kg Jambatan Putih, Tawau ingin mengucapka­n Salam Lebaran kepada sanak-saudara serta ahli keluarga dan kenalan yang berada di perantauan tidak kira walau di mana sahaja berada. Maaf zahir dan batin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia