Utusan Borneo (Sabah)

Blake rai kemenangan berganda 100/200m

- leb– AFP

KINGSTON: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Yohan Blake memenangi dua acara pecut buat kali ketiganya di kejohanan balapan dan padang kebangsaan Jamaica apabila dia memenangi acara 200 meter dalam masa 19.97 saat.

Ia merupakan perlumbaan kedua dalam acara 200 meter pada tahun ini bagi Blake yang turut memenangi acara 100 meter pada malam Sabtu lepas dan berkata dia gembira dengan kemajuan kebangkita­nnya.

“Saya sudah berusaha untuk ini, melakukan kebangkita­n saya,” katanya. “Saya hanya mahu meneruskan apa yang saya buat.”

Blake mendominas­i barisan pelari dalam acara 200 meter yang tidak disertai superstar Usain Bolt, apabila dia dengan mudah menewaskan juara Sukan Komanwel Rasheed Dwyer (20.26 saat) serta pemenang pingat Olimpik dan Dunia Warren Weir (20.39 saat).

“Saya melakukan usaha yang gigih setiap hari dalam latihan dan walaupun saya tidak banyak berlatih untuk acara 200 meter, saya akan memperbetu­lkannya apabila masanya tiba nanti. Saya akan berlari dengan lebih pantas kerana saya semakin meningkat,” katanya.

Danielle Williams, juara bertahan di Kejohanan Dunia, mencatatka­n masa peribadi terbaik 12.56 saat dalam acara 100 meter lompat pagar.

Masanya mengatasi masa lamanya 12.57 saat yang dicipta ketika dia menang di Beijing dua tahun lalu.

Dia berkata ruang untuk meningkat masih ada.

“Saya melanggar semua pagar dan itu tidak bagus atau efisien seperti yang saya inginkan,” katanya.

“Saya gembira dengan kemenangan itu, tetapi tidak dengan pelaksanaa­nnya. Matlamat saya adalah untuk kembali ke atas podium. Setiap perlumbaan yang saya sertai, saya mahu bertambah bagus.”

Williams sebagai juara bertahan mempunyai ‘bye’ ke Kejohanan Dunia di London pada Ogos nanti.

Megan Simmonds menduduki tempat kedua dalam masa peribadi terbaik 12.63 saat. Yanique Thompson yang lari 12.69 saat menduduki tempat ketiga dan Rushell Burton di tempat keempat dalam masa 12.70 saat.

Nathon Allen serta pemenang pingat Olimpik dan Dunia Shericka Jackson merupakan pemenang kali pertama dalam acara 400 meter masing-masing.

Allen mencatatka­n masa 44.58 saat untuk menamatkan rekod tanpa kalah sepanjang musim oleh Demish Gaye, yang mencatatka­n masa peribadi terbaik 44.64 saat. Steven Gayle menduduki tempat ketiga dalam masa 45.09 saat.

Allen dan Gaye berada di depan pada selekoh terakhir dan berlumba dengan satu sama lain sehingga kira-kira 40 meter dari garisan penamat apabila Allen membuka langkah untuk menang.

Jackson menang dalam masa 50.05 saat untuk memenangi perlumbaan wanita dan menewaskan Chrisann Gordon yang mencatatka­n masa peribadi terbaik 50.13 saat. Novlene Williams Mills menduduki tempat ketiga dalam masa 50.14 saat. Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia Odayne Richards mengekalka­n kejuaraan lontar peluru dengan lontaran terbaik 21.29 saat pada musim ini. Kimberly Williams melakukan hanya tiga lompatan sahaja tetapi memenangi acara lompat kijang dengan jarak 14.60 meter selepas dia pulih daripada tumit yang am.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia