Utusan Borneo (Sabah)

Kvitova bangkit selepas ketinggala­n set pertama

-

BIRMINGHAM: Petra Kvitova pada Ahad lepas berkata kebangkita­nnya selepas ketinggala­n satu set untuk memenangi kejuaraan pertamanya sejak dia mengalami kecederaan yang mengancam karier telah memberinya keyakinan tambahan menjelang kejohanan Wimbledon, yang bermula pada 3 Julai.

Pemain Czech itu menewaskan pemain Australia Ashleigh Barty 4-6, 6-3, 6-2 dalam perlawanan akhir acara gelanggang rumput di Birmingham.

Ia merupakan kejohanan kedua juara Wimbledon sebanyak dua kali itu sejak dia pulih dari kecederaan teruk pada tangan kirinya yang dialami ketika melawan soerang penyamun bersenjata­kan pisau di rumahnya pada Disember lalu.

“Saya rasa ia bagus untuk tewas dalam set pertama, dan saya terpaksa berjuang untuk set kedua dan ketiga,” kata Kvitova.

“Saya rasa ia akan memberi saya keyakinan tambahan bahawa saya masih dapat berjuang. Jadi saya rasa ia penting.

“Sudah tentulah ia bagus untuk menang 6-2, 6-2, tetapi perlawanan mudah seperti itu tidak ada di Wimbledon. Jadi saya gembira kerana saya berjaya mengubah perlawanan ini.”

Pemain berusia 27 tahun itu akan memulakan kejohanan Grand Slam ketiga pada musim ini sebagai salah seorang pemain pilihan untuk memenangi kejuaraan, selepas juara bertahan Serena Williams berehat dari sukan itu untuk melahirkan anak pertamanya, dan naib juara pada tahun lepas Angelique Kerber mengalami musim yang sukar.

Kvitova menjulang trofi Wimbledon pada 2011 dan 2014, tetapi dia menegaskan walaupun berjaya pada Ahad lepas, dia belum lagi mencapai prestasiny­a yang terbaik.

“Saya bermain hanya satu perlawanan sahaja dalam tiga set. Agak-agaklah,” dia membantah.

“Ia sukar untuk menyebut apa-apa tetapi saya rasa saya sudah menempuh masa yang sangat sukar dalam hidup saya, dan ia bukan mengenai tenis, tetapi untuk kembali dengan sihat dan hidup dan menggerakk­an jari saya dengan baik dan segalanya seperti itu.”

Kvitova mengakui di Terbuka Perancis bahawa dia bimbang dia tidak akan dapat bermain lagi dan menceritak­an tentang kekhuatira­nnya bahawa dia mungkin terpaksa kehilangan beberapa jari pada tangan kirinya.

“Kemenangan ini adalah untuk pasukan dan peminat saya untuk mengucapka­n terima kasih kerana bersama saya pada waktu sukar,” kata Kvitova lewat Ahad dalam Instagram.

“Kami tidak tahu sama ada saya akan bermain lagi, apatah lagi memenangi trofi, jadi ini adalah satu momen yang lebih istimewa sedikit. Dan ia adalah untuk dikongsi semua kita.”

Kvitova seterusnya berlepas ke Eastbourne untuk acara terakhir sebelum Wimbledon. Dia adalah pemain pilihan ke-13 dan menentang Monica Niculescu dalam perlawanan pembukaann­ya. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia