Utusan Borneo (Sabah)

Coleman terus dikecewaka­n

Kalah mengejut acara 200m dalam kelayakan Kejohanan Dunia AS

-

SACRAMENTO: Pelari pecut Christian Coleman mengalami kekalahan mengejut dalam acara 200 meter apabila kejutan mendominas­i hari terakhir Pertanding­an Kelayakan Kejohanan Dunia Amerika Syarikat (AS) di sini Ahad lepas.

Coleman, atlet berusia 21 tahun yang dilihat sebagai bintang yang sedang meningkat naik dalam acara pecut di Amerika, dipintas di garisan penamat oleh Ameer Webb di Stadium Hornet, Sacramento.

Ia merupakan kekalahan kedua yang mengecewak­an bagi Coleman, yang ditewaskan dalam perlumbaan akhir acara 100 meter oleh veteran Justin Gatlin pada Jumaat lepas.

Coleman, lelaki terpantas di dunia pada tahun ini dalam acara 100 meter selepas mencatatka­n 9.82 saat pada awal bulan ini, hanya mampu merekodkan 20.10 saat, dan Webb meluru ke hadapan dalam masa 20.09 saat. Elijah Hall-Thompson menduduki tempat ketiga dalam masa 20.21 saat.

“Hujung minggu ini ternyata panjang,” kata Coleman kemudian.

“Saya rasa kaki saya ketat sedikit dekat penamat – tetapi tiada alasan, perlumbaan itu hebat sekali,” ujarnya.

Perlumbaan itu sebelum itu sudah kehilangan atlet remaja Noah Lyles, yang menarik diri akibat hamstring yang sakit sebelum perlumbaan.

Satu lagi kejutan berlaku dalam acara 200 meter wanita, di mana atlet pilihan Tori Bowie dikalahkan oleh atlet muda Deajah Stevens.

Larian Bowie kelihatan sempurna di selekoh tetapi Stevens mempamerka­n pecutan yang cemerlang dalam jarak 50 meter terakhir untuk meluru ke depan dan mencecah pita dalam masa 22.30 saat.

Kimberlyn Duncan menduduki tempat kedua dalam masa 22.59 saat manakala Bowie di tempat ketiga dengan masa 22.60 saat.

Kejutan terus berlaku dalam perlumbaan terakhir pada hari itu apabila pemegang rekod dunia dalam acara 110 meter lompat pagar Aries Merritt ditewaskan oleh Aleec Harris untuk menduduki tempat kedua. Harris menang dalam masa 13.24 saat manakala Merritt di tempat kedua dalam masa 13.31 saat.

Tiga atlet yang menamatkan perlumbaan di tiga tempat teratas dalam setiap acara di pertanding­an kelayakan AS layak untuk menyertai Kejohanan Dunia pada 5-13 Ogos di London.

Dalam acara 400 meter wanita lompat pagar yang begitu pantas, juara Olimpik 2016 Dalilah Muhammad berlari dengan bergaya untuk menang dalam masa terpantas pada tahun ini dan melintasi garisan dalam masa 52.64 saat.

Muhammad pantas membuka langkahnya dan mendahului dengan margin yang besar ketika sampai pada jarak 100 meter, dan berjaya menangkis pecutan yang kuat oleh Shamier Little dalam masa 52.75 saat manakala Kori Carter di tempat ketiga dalam masa 52.95 saat.

Ia merupakan kali pertama dalam sejarah di mana tiga wanita telah berjaya berlari di bawah masa 53 saat dalam perlumbaan yang sama.

Sementara Muhammad begitu teruja untuk memenangi acaranya, Kerron Clement pula bergelut dalam acara 400 meter lompat pagar lelaki.

Clement, juara di Olimpik Rio, yang sudah layak ke Kejohanan Dunia setelah memenangi mahkota Liga Berlian pada tahun lepas, ketinggala­n di tempat ketujuh dalam masa 48.91 saat.

Eric Futch menduduki tempat pertama dalam masa 48.18 saat di hadapan Michael Stigler dan T.J. Holmes.

Acara 800 meter lelaki dimenangi Donavan Brazier dalam masa 1:44.14 di hadapan Isaiah Harris dan Drew Windle.

Acara kemuncak dari acaraacara padang pada Ahad lepas adalah pertarunga­n dalam acara lontar peluru lelaki yang dramatik di antara juara Olimpik Ryan Crouser dengan pencabarny­a Joe Kovacs.

Kovacs, yang memenangi pingat perak di belakang Crouser di Rio pada tahun lepas, kelihatan seperti sudah merampas kemenangan dengan lontaran sejauh 22.35 meter pada balingan terakhir.

Namun Crouser kemudian tampil untuk melakukan lontaran paling jauh pada tahun ini dengan cubaan terakhirny­a, dan menang dengan jarak 22.65 meter. Ryan Whiting di tempat ketiga dengan lontaran sejauh 21.54 meter.

Acara lompat bergalah wanita menyaksika­n pemenang pingat perak Olimpik 2016 Sandi Morris menewaskan seteru lama Jenn Suhr untuk menduduki tempat pertama.

Suhr, juara Olimpik 2012, tidak dapat melepasi ketinggian 4.80 meter manakala Morris melepasi ketinggian itu pada cubaan pertamanya. – AFP

Hujung minggu ini ternyata panjang. Saya rasa kaki saya ketat sedikit dekat penamat tetapi tiada alasan, perlumbaan itu hebat sekali. CHRISTIAN COLEMAN Pelari pecut AS

 ?? -Gambar AFP ?? CHRISTIAN Coleman menamatkan larian di tempat kedua dalam acara akhir 200 meter.
-Gambar AFP CHRISTIAN Coleman menamatkan larian di tempat kedua dalam acara akhir 200 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia