Utusan Borneo (Sabah)

Crystal Palace umum de Boer pengurus baharu

-

LONDON: Bekas legenda antarabang­sa Belanda Frank de Boer adalah pengurus baharu kelab Liga Perdana Inggeris Crystal Palace, ia diumumkan kelmarin.

Pengurus berusia 47 tahun itu – yang membimbing Ajax untuk memenangi empat kejuaraan liga berturut-turut sebelum pembabitan­nya yang singkat dan mengecewak­an di kelab gergasi Serie A Inter Milan – menandatan­gani kontrak selama tiga tahun.

Dia mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh Sam Alllardyce yang meletak jawatan pada hujung Mei lalu sejurus selepas dia menyelamat­kan Palace.

Pengerusi Palace Steve Parish mengalu-alukan pelantikan de Boer –satu-satunya jurulatih dalam sejarah Belanda yang berjaya membimbing pasukan untuk memenangi empat kejuaraan berturut-turut – sebagai satu pelantikan penting yang signifikan bagi kelab London itu.

“Ia adalah rahsia yang tidak disimpan dengan baik dalam bola sepak,” katanya di satu sidang akhbar.

“Amat mengujakan bagi kelab bola sepak ini, satu mercu tanda penting bagi kami. Saya teruja untuk bekerja bersamanya dan apa yang kami dapat capai bersama kelab ini.”

Matlamat de Boer tidak terlalu tinggi pada peringkat awal.

“Matlamat kita adalah untuk menjadi sebuah pasukan Liga Perdana yang mantap, bukan untuk bergelut dengan penyingkir­an. Itu adalah sasaran utama kami, jika kami lebih bagus, lagi bagus,” katanya.

Dia mewarisi skuad berbakat tetapi ingin berbelanja dalam pasaran untuk menguatkan­nya lagi.

Pemain pertahanan tengah antarabang­sa Perancis Mamadou Sakho mungkin salah seorang daripada mereka setelah dia bermain dengan baik ketika dipinjamka­n dari Liverpool pada musim lepas.

“Kelab ini dapat berkembang dan berkembang. Mereka membelanja­kan banyak wang dan ada kemungkina­n untuk membuat sesuatu yang baik dengan wang itu,” katanya.

“Saya belum berjumpa dengan pemain lagi, kami akan melihat satu atau dua pemain baharu tetapi saya rasa ia perlu untuk berjumpa dengan semua pemain di sini terlebih dahulu.”

De Boer yang bermain 112 kali untuk negara berkata dia telah berhubung dengan Louis van Gaal dan menerima banyak galakan dari rakan senegarany­a itu.

Van Gaal – yang membimbing de Boer dan pasukan Ajax yang cemerlang untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada 1995 – menggalas tugas sebagai pengurus selama dua musim yang buruk di Manchester United sebelum dipecat pada tahun lepas.

“Saya bercakap dengan Louis van Gaal dan bertanya kepadanya tentang pengalaman­nya. Dia selama ini sangat bagus kepada saya, dia adalah orang pertama yang mengucapka­n tahniah kepada saya,” kata de Boer. -AFP

 ??  ?? FRANK dE BOER
FRANK dE BOER
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia