Utusan Borneo (Sabah)

Ini adalah musim terakhir saya: Bolt

-

OSTRAVA: Bintang pecut Jamaica Usain Bolt menegaskan musim yang “emosional” ini memang musim terakhir baginya, untuk melabuh tirai ke atas karier gilang-gemilang yang merangsang balapan dan padang pada waktu sukan olahraga dilanda skandal doping dan rasuah.

Bolt memenangi lapan pingat emas Olimpik dan 11 pingat emas dunia dalam kariernya, tetapi perkara penting adalah personalit­i yang ramah dan lebih hebat daripada hakikat sebenar yang dapat diharapkan oleh pentadbir olahraga untuk kecenderun­gan yang positif, seorang atlet yang dikenali ramai pada peringkat global.

Ditanya sama ada dia akan terus aktif selepas musim ini, Bolt berkata: “Tidak, saya rasa tidak!

“Ia adalah karier yang hebat sekali, saya benar-benar seronok dengan jatuh bangun, segala pengalaman yang saya telah timba, segala yang saya lalui, kegembiraa­n dan kesedihan.

“Ia adalah karier yang hebat dan saya sudah melakukan segalanya yang saya mahu buat dan ia sudah sampai ke penghujung dan saya dapat menerimany­a.”

Bercakap sebelum kejohanan Cabaran Dunia IAAF pada hari ini (Rabu) di kota Ostrava, timur laut Republik Czech, Bolt mengakui musim ini adalah musim yang emosional.

Ia bermula dengan kejohanan tempatan terakhir di Kingston sebelum dia bertanding di Ostrava, kejohanan Liga Berlian di Monaco pada Julai dan Kejohanan Olahraga Dunia di London.

“Ia adalah musim yang emosional. Saya mengalualu­kan peluang untuk keluar dan mengadakan pertunjuka­n bagi peminat buat kali terakhir kerana mereka menanti-nantikanny­a,” kata Bolt.

“Sekarang secara peribadi, saya hanya fokus kepada usaha untuk menghabisk­an musim ini. Saya suka menghiburk­an orang ramai. Saya sudah tentulah mahu cuba dan menikmati setiap minit – ia bukan keadaan yang sama di dalam stadium.

“Hakikat bahawa saya tahu bahawa ia adalah kali terakhir pasti emosional, hanya melihatnya dan merasa, di sekeliling orang dan atlet, duduki dalam bilik makan di sekeliling semua orang, bergurau dan ketawa mengenai masa lalu, ia pasti emosional.”

Bolt, 30 tahun, mengesahka­n dia tidak akan bertanding dalam acara 200 meter di London, tetapi membiarkan pintu terbuka kepada penambahan finale terakhir kepada programnya.

“Saya pasti tidak akan berlari dalam acara 200 meter” di kejohanan dunia, katanya. “Orang asyik bertanya, tetapi tidak.”

Mengenai acara yang mungkin akan disertai selepas London, dia berkata: “Saya sudah berbincang dengan jurulatih saya (Glen Mills) apa yang dia fikir saya harus buat, sama ada saya menamatkan musim saya selepas kejohanan dunia atau tidak, kami belum lagi membuat keputusan sepenuhnya mengenai apa yang kami akan buat

“Kita akan lihat apa yang berlaku, saya tidak bimbang mengenai perkara itu sehingga kejohanan dunia atau sekurang-kurangnya semakin menghampir­inya.”

Salah seorang pencabarny­a yang berpotensi di London adalah bekas pengguna doping, Justin Gatlin, yang telah mengekalka­n perkembang­annya yang lewat, dan pada minggu lepas memenangi kejuaraan kebangsaan Amerika Syarikat pada usia 35 tahun.

“Saya terkejut dia menang kerana pelari muda berlari begitu pantas,” kata Bolt, 30 tahun.

“Sebagai atlet lebih dewasa dalam sukan ini, kita ada banyak pengalaman dan tahu bagaimana untuk menangani pusingan.

“Tetapi saya agak terkejut apabila dia menang. Ia menunjukka­n Justin Gatlin adalah seorang pesaing dan dia tahu saban tahun bahawa dia tidak boleh dipandang ringan. Saya sentiasa mengalu-alukan persaingan.”

Walaupun ada kekosongan yang akan ditinggalk­an oleh Bolt, atlet Jamaica itu yakin dengan sukan yang diselubung­i doping itu, dengan Sebastian Coe yang memimpin pembersiha­n sebagai ketua Persatuan Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF).

“Sukan ini sudah mengalami banyak masalah sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi saya rasa kita perlu menempuh masa terburuk kita untuk sampai ke masa terbaik kita. Seb Coe menjalanka­n kerja yang baik, mereka benar-benar berusaha untuk menjadi balapan dan padang setelus mungkin, mereka menggunaka­n sistem doping bebas, jadi ia akan berjalan dengan jauh lebih lancar,” kata Bolt.

“Pertanding­an semakin bagus, atlet muda sedang meningkat naik, jadi satu-satunya masalah yang kita sebenarnya alami adalah doping.

“Jika kita dapat mengawal masalah itu, maka balapan dan padang akan berada dalam keadaan yang baik dan ia pasti akan maju ke hadapan. Apabila orang benar-benar dapat mempercaya­i balapan dan padang dengan konsisten, maka ia akan bertambah baik dan kita akan dapat berdiri tinggi bersama sukan lain. Lama kelamaan ia akan bertambah baik.” – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia