Utusan Borneo (Sabah)

Tshung Tsin Red, KIS ke suku akhir

Kejohanan Bola Keranjang Remaja Bawah 15 tahun Piala Spritzer

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tshung Tsin Red dan KIS lengkapkan senarai enam pasukan lelaki mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Bola Keranjang Remaja Bawah 15 tahun Piala Spritzer yang berlangsun­g di Dewan Luyang.

Tshung Tsin Red mengalahka­n pendahulu Ravens77-54 pada perlawanan ketiganya tiga hari lalu untuk mengumpul enam mata dan dengan tambahan sekurangku­rangnya satu mata dari perlawanan terakhirny­a lewat semalam, tempatnya ke suku akhir sudah terjamin.

Tshung Tsin Red akan mengiringi Ravens yang telah awal mengesahka­n tempat mewakili Kumpulan Bkesukuakh­ir.TshungTsin Red malahan berpeluang memintas Ravens yang telah menamatkan jadual dengan tujuh mata jika menang ke atas SYR semalam.

KIS pula mengiringi KKHS AD Asia A mewakili Kumpulan C walaupun tewas 36-39 ditangan Nightmare pada perlawanan terakhirny­a. KIS dan Skywolf masingmasi­ng mengumpul enam mata tetapi dijarakkan oleh perbezaan jaringan yang berpihak kepada KIS untuk mengiringi KKHS AD Asia A yang telah awal mengesahka­n tempat dengan lapan mata.

KKHS AD Asia B dan Tshung Tsin Yellow adalah dua pasukan terawal mengesahka­n tempat mewakili Kumpulan A.

Enam pasukan yang layak ke suku akhir itu akan dibahagika­n kepada dua kumpulan iaitu tiga pasukan sekumpulan menerusi undian yang diadakan semalam. Pasukan akan bermain secara liga satu pusingan di mana juara kumpulan akan ke final manakala pasukan di tangga kedua akan saling bertemu untuk menentukan kedudukan tempat ketiga dan keempat.

Sambil itu, Tshung Tsin B mengalahka­n KKHS AD AsiaB64-23padapert­emuan antara dua pasukan tercorot bahagian wanita kelmarin. Bagaimanap­un keputusan tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan yang masing-masing mengumpul empat mata.

Bahagian wanita kini didahului KKHS AD Asia A dengan enam mata tetapi terus disaingi sengit Tshung Tsin A dan Damalee Fitness yang turut telah mengumpul enam mata serta Kian Kok I-World dan Vui Kie yang masing-masing mengumpul lima mata.

Kejohanan yang telah berlangsun­g sejak 17 Jun itu diteruskan dengan empat perlawanan hari ini bermula jam 5.00 petang.

Dua perlawanan pertama adalah membabitka­n saingan wanita iaitu Damalee Fitness menentang Tshung Tsin B dan Vui Kie menentang KKHS AD Asia A dan disusuli dua perlawanan lelaki mempertemu­kan pasukan enam terkahir.

 ?? -Gambar oleh MELMON HO ?? PEMAIN Tshung Tsin B, Emily Tang (kanan) mengawal bola untuk cuba meloloskan diri dari kawalan pemain KKHS AD Asia pada perlawanan Piala Spritzer di Dewan Luyang kelmarin.
-Gambar oleh MELMON HO PEMAIN Tshung Tsin B, Emily Tang (kanan) mengawal bola untuk cuba meloloskan diri dari kawalan pemain KKHS AD Asia pada perlawanan Piala Spritzer di Dewan Luyang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia