Utusan Borneo (Sabah)

Liow puji kru pesawat AirAsia X yang hadapi masalah

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai kelmarin memuji juruterban­g dan kru kabin pesawat AirAsia X yang berjaya menangani suasana cemas dalam penerbanga­n D7237 secara profesiona­l dan berani.

“Saya pandang serius insiden ini dan telah mengarahka­n ketua pengarah Jabatan Penerbanga­n Awam serta pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat punca kejadianse­rtamemaklu­mkan penemuan kepada awam setelah siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Penerbanga­n dari Perth ke Kuala Lumpur itu terpaksa berpatah balik selepas pesawat Airbus A330 yang membawa 356 penumpang mengalami masalah teknikal sejurus berlepas pada Ahad.

“Juruterban­g telah menangani masalah itu secara profesiona­l serta bertindak pantas dan tangkas untuk melindungi keselamata­n penumpang,” kata Liow.

Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Perth pada 10 pagi Ahad dan semua penumpang dipindahka­n ke penerbanga­n seterusnya atau penerbanga­n ganti pada 11.40 malam hari yang sama.

"Saya juga memuji kru kabin dan kru darat AirAsia X atas komitmen tidak berbelah bagi untuk mengekalka­n tahap profesiona­lisme yang tinggi dalam mengendali­kan penumpang serta memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan mereka,” kata menteri itu.

Liow meluahkan keyakinan AirAsia dan sekutunya akan terus meletakkan keselamata­n penumpang dan krunya sebagai perkara paling utama memandangk­an syarikat penerbanga­n itu mempunyai rekod keselamata­n yang cemerlang sebelum ini.

“Saya percaya syarikat penerbanga­n ini akan memastikan keselamata­n kekal sebagai tonggak kekuatan dan pertumbuha­nnya,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia