Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka Rahman Dahlan meriah, berbilang kaum

Rumah terbuka Rahman Dahlan meriah, dihadiri masyarakat berbilang kaum

- Oleh YAP SIONG HAN

R

UMAH Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meriah dengan kehadiran lebih 5,000 orang.

Majlis yang diadakan di kediamanny­a di Taman Kingfisher Sulaman itu dihadiri oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum.

Menurut seorang pengunjung, Roy Jackson, majlis rumah terbuka jelas menunjukka­n bahawa masyarakat Sabah adalah unik dan sentiasa bersatu walaupun berbeza latar belakang.

Katanya walaupun berbeza dari segi agama, kaum dan bangsa, tetapi dalam setiap perayaan yang diraikan oleh masyarakat Sabah, semua kaum akan bersatu dan bersama-sama untuk meraikan.

“Inilah sifat kesederhan­aan kita di Sabah dan ia sangat unik sekali. Ini adalah contoh semangat 1Malaysia yang sangat ketara,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka itu kelmarin.

Pengunjung, Maribel Cruz, pula gembira kerana rumah terbuka itu memberikan peluang kepadanya berkenalan dengan pengunjung lain yang hadir di rumah terbuka itu.

Katanya dia hadir di rumah terbuka itu buat kali kedua dan bersyukur dapat menjamu hidangan yang pelbagai jenis.

“Kita bersama-sama menjamu selera, tidak kira anda bangsa apa, agama apa, kaum apa, tetapi kita duduk semeja dan makan bersama-sama hidangan yang disajikan.

“Kita saling beramah mesra dan tidak mempunyai perasaan yang tidak baik di antara kita, inilah hubungan kekitaan di Sabah, kita sentiasa bersikap baik hati terhadap satu sama lain,” katanya.

Bagi Dexter Lim, perpaduan di antara satu sama lain di Sabah bukanlah perkara baharu kepada masyarakat negeri ini.

Katanya kesatuan dalam kalangan pelbagai etnik di Sabah sudah terjalin sejak dahulu lagi dan ia menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat di sini.

“Dalam konteks perpaduan di Sabah, ianya bukan sesuatu baharu, sebab kita adalah contoh terbaik semangat 1Malaysia di negara ini,” katanya.

Menurutnya konsep kesederhan­aan dalam kalangan rakyat Sabah juga jelas kelihatan khususnya di majlis itu apabila semua boleh duduk semeja dan menjamu selera tanpa sebarang masalah.

Katanya semangat persaudara­an yang wujud itu perlu dikekal dan diamalkan oleh setiap orang, dan perlu diwariskan kepada generasi masa depan.

Sementara itu, Affidah Ariff berkata dia dan keluargany­a sentiasa bersyukur kerana hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Kita boleh melihat negara-negara luar kini sedang berhadapan krisis apabila berlakunya peperangan sehingga mengorbank­an banyak rakyatnya.

“Tetapi kita di sini aman dan hari ini kita masih boleh duduk bersama-sama meraikan Hari Raya bersama seterusnya menjamu selera di rumah terbuka,” katanya.

Menurutnya perkahwina­n campur berlaku di Sabah, tidak kira agama, kaum dan bangsa. Semua dapat hidup bersama secara aman dan tidak wujud sebarang masalah perkauman.

“Dalam kemeriahan yang diraikan, jangan sesekali melupakan mereka yang kurang bernasib baik dan jangan sesekali membazirka­n makanan,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak, Pengerusi Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong, Pengerusi MIC Sabah Datuk V Jothi serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? DEXTER
DEXTER
 ??  ?? ROY
ROY
 ??  ?? AFFIDAH
AFFIDAH
 ??  ?? MARIBEL
MARIBEL
 ??  ?? RAHMAN (empat kanan), Musa (tengah), Salleh (tiga kanan) dan Yahya (dua kanan) merakamkan gambar kenangan.
RAHMAN (empat kanan), Musa (tengah), Salleh (tiga kanan) dan Yahya (dua kanan) merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? MUSA (depan) diiringi Rahman (belakang) ketika tiba di majlis itu.
MUSA (depan) diiringi Rahman (belakang) ketika tiba di majlis itu.
 ??  ?? ARTIS Misha Omar turut menghiburk­an hadirin di rumah terbuka itu.
ARTIS Misha Omar turut menghiburk­an hadirin di rumah terbuka itu.
 ??  ?? JUHAR (tengah) diiringi Rahman ketika tiba di majlis rumah terbuka itu.
JUHAR (tengah) diiringi Rahman ketika tiba di majlis rumah terbuka itu.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N yang memeriahka­n lagi suasana rumah terbuka.
PERSEMBAHA­N yang memeriahka­n lagi suasana rumah terbuka.
 ??  ?? ANTARA tetamu kehormat yang hadir di majlis itu.
ANTARA tetamu kehormat yang hadir di majlis itu.
 ??  ?? ORANG ramai mengambil dan menjamu selera.
ORANG ramai mengambil dan menjamu selera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia