Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan tempoh enam bulan pertama di Keningau meningkat

425 kes sepanjang enam bulan tahun ini berbanding 373 kes tempoh sama tahun lalu

- Oleh JOHAN AZIZ

Kes kemalangan rosak adalah yang terbanyak dengan peningkata­n 29 kes berbanding tahun lalu. Tahun ini, sebanyak 365 kes sementara tahun lalu terdapat 336 kes Ketua DEPUTI Polis SUPERINTEN­DANDaerah AHMAD JAWILA

KENINGAU: Kadar kemalangan jalan raya di daerah ini menunjukka­n peningkata­n dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila.

Beliau berkata berbanding tahunlalud­engan373ke­s,pada tahun ini terdapat sebanyak 425 kes iaitu pertambaha­n sebanyak 52 kes.

“Kes kemalangan rosak adalah yang terbanyak dengan peningkata­n 29 kes berbanding tahun lalu. Tahun ini, sebanyak 365 kes sementara tahun lalu terdapat 336 kes,” katanya ketika berucap melancarka­n Ops Selamat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, Sabtu lalu.

Katanya kes kemalangan maut turut meningkat kepada 11 kes dengan sebanyak 23 kes tahun ini berbanding 12 kes tahun lalu.

Kes cedera parah meningkat kepada empat kes dengan 15 kes tahun ini sementara tahun lalu 11 kes manakala kes cedera ringan meningkat sebanyak lapan kes tahun ini dengan 22 kes berbanding tahun lalu sebanyak 14 kes.

Ahmad memberitah­u statistik Ops Selamat 11/2017 di daerah ini setakat 23 Jun tahun ini adalah sebanyak 19 kes dan daripada jumlah itu, dua kes membabitka­n kemalangan maut, cedera parah satu kes, cedera ringan dua kes dan kemalangan rosak 14 kes.

Beliau berkata Ops Selamat yang bertemakan ‘Rumah Selamat Sampai Ke Destinasi’ bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya memandu secara berhati-hati dan berhemah agar tiba ke destinasi dengan selamat.

Selain itu, memberi galakan kepada pemilik rumah yang meninggalk­an rumah kediaman pada musim perayaan memaklumka­n pergerakan mereka kepada polis agar rondaan dapat dilaksanak­an.

“Operasi ini juga adalah bagi mengurangk­an kadar jenayah dan kemalangan jalan raya pada musim perayaan selain memupuk kesedaran kepada masyarakat untuk bekerjasam­a dengan pihak polis dalam mencegah jenayah dan mematuhi peraturan serta undang-undang di jalan raya.

“Pelancaran Ops Selamat ini turut mendapat kerjasama baik daripada agensi lain antaranya Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya, Majlis Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), media dan lain-lain lagi, bagi merealisas­ikan hasrat kerajaan mengurangk­an kemalangan mautteruta­manyapadam­usim perayaan demi kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaik­an cenderahat­i dan risalah kepada wakil jabatan kerajaan yang hadir serta beberapa pengguna jalan raya.

Beliau juga melepaskan kenderaan beberapa agensi terdiri Polis Trafik, APM, JPJ dan JBPM Daerah Keningau.

 ??  ?? RUMAH TERBUKA: Puteri Umno bergambar kenangan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman aman ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Jemaah Menteri Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, Isnin lepas.
RUMAH TERBUKA: Puteri Umno bergambar kenangan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman aman ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Jemaah Menteri Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, Isnin lepas.
 ??  ?? ALBUM KENANGAN: Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap Adun Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Jemaah Menteri Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, Isnin lepas. Kelihatan, Hamisa bergambar kenangan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin serta Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Suzaini Sabdin Ghani.
ALBUM KENANGAN: Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat merangkap Adun Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Jemaah Menteri Sabah di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, Isnin lepas. Kelihatan, Hamisa bergambar kenangan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin serta Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Suzaini Sabdin Ghani.
 ??  ?? AHMAD menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil Pegawai Daerah, Wasli Kaling. Turut kelihatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim.
AHMAD menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil Pegawai Daerah, Wasli Kaling. Turut kelihatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ASP Lee Nyuk Kim.
 ??  ?? AHMAD melancarka­n Ops Selamat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.
AHMAD melancarka­n Ops Selamat peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.
 ??  ?? AHMAD (memegang bendera) melepaskan kenderaan beberapa agensi kerajaan.
AHMAD (memegang bendera) melepaskan kenderaan beberapa agensi kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia