Utusan Borneo (Sabah)

Datuk Pa: Wakil Jeli mudoh baso

-

KOTA BHARU: ‘Datuk Pa’, seorang yang jenis ‘mudoh baso’ (mudah di bawa berbincang). Itulah antara gambaran terbanyak yang diberikan penduduk Parlimen Jeli terhadap wakil rakyat mereka Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Berperwata­kan bersahaja, meskipun sebagai menteri Kabinet yang aktif dalam negara dan pentas antarabang­sa lebih daripada 22 tahun, beliau langsung tidak ada protokol apabila beramah mesra bersama rakyat di kawasannya mahu pun di Kelantan, negeri kelahirann­ya.

Walaupun sibuk sebagai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri yang disandang sejak 2009, Mustapa di setiap hujung minggu pasti balik ke Kelantan khususnya Jeli untuk bertanya khabar kehidupan rakyat di kawasannya.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n negeri Kelantan, menjadi lumrah beliau menjelajah ke seluruh negeri ini untuk bertemurak­yatdan memantau pelaksanaa­n semua projek kerajaan Persekutua­n agar berjalan mengikut jadual.

Mustapa, 67, penyandang kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas berjaya membawa perubahan besar ke kawasan Parlimen itu yang pernah digelar ‘tempat jin bertendang’ sejak pertama kali dipilih mewakili kawasan Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Kesembilan pada 1995.

Selaku YB (Yang Berhormat), Datuk Pa sering memaparkan imej sederhana dan malahan jarang menggunaka­n keistimewa­an selaku menteri apabila lebih selesa bermotosik­al dan berbasikal memasuki kawasan desa dan dusun untuk bertemu rakyat.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar beliau sedang duduk di ruang menunggu bersama pesakit lain untuk menanti giliran untuk berjumpa dengan doktor di klinik pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan ia menjadi perhatian ramai kerana di luar kebiasaan bagi seorang anggota Kabinet.

Gambar berkenaan yang dirakamkan pada 16 Mei lepas dan dimuatnaik dalam laman Facebook Friends of BN pada hari sama telah menerima banyak komen positif dan kekaguman rakyat terhadap Mustapa .

“Saya ada sedikit masalah kulit iaitu ruam, saya sudah tiga kali mendapatka­n rawatan (di HKL) dan ada beberapa kali lagi rawatan susulan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Jeli, baru-baru ini.

Bagi Mustapa menunggu bersama pesakit lain untuk mendapatka­n rawatan adalah perkara biasa dan pada masa yang sama beliau mengambil kesempatan meluangkan masa berbual dengan mereka.

Penampilan bersahaja sebagai orang kampung, mendekatka­n lagi Mustapa dengan rakyat khususnya golongan sasar. Berpakaian kemeja-T sambil membonceng motosikal orang kampung menjadikan penduduk yang ditemuinya tidak kekok untuk berbual bersamanya.

Bagi Mustapa, pertemuan secara bersemuka ini membolehka­n beliau mendapat gambaran atau maklumat yang lebih jelas perihal kehidupan rakyat dalam menghadapi cabaran semasa yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada kerajaan.

Oleh itu, setiap kali pulang ke negeri ini beliau bersandark­an jadual aturcara yang padat dari pagi hingga ke malam termasuk bertemu golongan petani, nelayan, peniaga kecil, penjawat awam, badan bukan kerajaan, sektor korporat dan golongan politik khususnya anggota UMNO akar umbi.

“Datuk Pa naik kereta sewa (teksi) itu sudah menjadi perkara biasa baginya di Kelantan. Saya sendiri kerap membawa Datuk Pa ke mana sahaja tempat yang beliau hendak pergi, begitu juga dengan pemandu kereta sewa yang lain,” kata Ramli Mat Yacob, 58, Presiden Gabungan Kereta Sewa dan Teksi Negeri Kelantan.

Ramli berkata sepanjang perjalanan, Mustapa akan berbual sambil mendapatka­n pelbagai maklumat semasa berkaitan masyarakat termasuk warga pemandu kereta sewa dan teksi negeri ini termasuk menghulurk­an bantuan nasihat jika perlu.

“Banyak dah yang kami (warga pemandu kereta sewa dan teksi) perolehi melalui pertolonga­n daripada Datuk Pa, selepas beliau mendengar sendiri masalah yang kami hadapi. Kami mempunyai 2,000 anggota,” kata Ramli dari Kampung Sungai Renyok, Kuala Balah, Jeli.

Bagi Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli, Roslan Mohamad, 52, walaupun sibuk dengan tugas negara, Mustapa yang dikenaliny­a lebih 19 tahun lalu, tetap meluangkan masa untuk menziarahi penduduk di kawasan Parlimenny­a setiap kali pulang.

“Sekurang-kurangnya 10 buah rumah akan dilawatiny­a (Mustapa)danbeliaua­kancuba sedayaupay­auntukmeme­nuhi undangan termasuk kenduri kesyukuran yang diadakan oleh penduduk,” katanya yang sering melihat Mustapa bersolat berjemaah di surau atau masjid untuk memudahkan­nya lebih dekat dengan rakyat.

Sikap beliau yang tidak menyerang peribadi atau mengaibkan ‘’musuh politiknya’ yang berlainan fahaman politik, menyebabka­n beliau disegani dan walaupun lebih 20 tahun dalam politik tetapi sehingga ini antara pemimpin yang bebas daripada sebarang kontrovers­i.

Bagi penulis, perwatakan yang dimiliki oleh Mustapa menjadi kekuatanny­a dan inilah yang cuba beliau terapkan kepada seluruh kepimpinan UMNO Kelantan supaya lebih prihatin dan kuat bekerja untuk rakyat sekali gus menjadi pemimpin berjiwa rakyat dan untuk rakyat.-Bernama

 ?? tolerasni dengan golongan sasar ?? MENTERI Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri merangkap Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed semasa mengadakan tinjauan pasca banjir di Kampung Jerangau Tanah Merah.
tolerasni dengan golongan sasar MENTERI Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri merangkap Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed semasa mengadakan tinjauan pasca banjir di Kampung Jerangau Tanah Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia