Utusan Borneo (Sabah)

Firma tempatan rugi susulan pemansuhan dasar kabotaj

-

KUALA LUMPUR: Berikutan tindakan negara luar yang mengetatka­n dasar kabotaj masing-masing, tindakan terbaharu Malaysia memansuhka­n dasar itu dilihat memberi kesan ke atas industri maritim domestik walaupun dikatakan mengikut kedinamika­n pasaran bebas.

Industri ini mungkin terjejas sehingga tidak akan ada lagi perniagaan untuk pembina dan pembaik kapal tempatan (SBSR), sub-unit dalam industri maritim.

Dengan pemansuhan dasar itu, pemilik kapal Malaysia boleh menempah kapal dan membaik pulih kapal di limbungan asing jika ia lebih murah atau lebih mudah untuk mereka melakukann­ya, atau jika sesuai dengan strategi perniagaan masing-masing.

Sementara itu, dasar kabotaj dilaksanak­an oleh negara lain bagi menghalang kapal asing daripada beroperasi di dalam perairan mereka.

Di peringkat global, Kesatuan Eropah telah memperkena­l peraturan untuk mengehadka­n perjalanan kabotaj yang dilakukan oleh syarikat perkapalan asing di perairan negara anggota, manakala Australia juga telah mengetatka­n sekatan kabotaj bagi kapal pesisir pantai.

Indonesia memperluas peraturan kabotajnya untuk memasukkan kapal sokongan luar pesisir (OSV) bagi menyokong industri minyak dan gas (O&G) serta menggalakk­an pembanguna­n sektor pembinaan kapal tempatan.

Langkah ini mempunyai kesan limpahan positif ke atas perniagaan limbungan kapal di negara dan wilayah tersebut.

Namun, pengetatan peraturan kabotaj di Indonesia mempunyai kesan buruk ke atas beberapa limbungan di Sarawak yang digunakan untuk melaksanak­an projek-projek bangunan baharu bagi pemilik kapal Indonesia, termasuk kapal penumpang, kapal tunda, tongkang dan kapal sokongan luar pesisir.

Tindakan Indonesia itu menyebabka­n banyak limbungan kapal di Indonesia akan memperoleh lebih banyak perniagaan daripada pemilik kapal tempatan, manakala Sarawak pula akan kehilangan perniagaan.

Pemansuhan dasar kabotaj yang telah dilaksanak­an selama 30 tahun di Malaysia mendapat reaksi berbeza, dengan ada yang menyokong perubahan itu dan yang lain mengatakan industri itu sudah kehilangan sokongan.

Berkuat kuasa 1 Jun, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua perkhidmat­an perkapalan kargo antara Semenanjun­g Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pakar perkapalan, Nazery Khalid menjelaska­n bahawa limbungan tempatan mampu bergerak lebih jauh jika dasar kabotaj di teruskan.

“Sebagai contoh, limbungan tempatan akan mendapat manfaat jika ada syarat yang menetapkan pemilik kapal tempatan yang mendapat perniagaan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membawa kargo atau menyediaka­n perkhidmat­an perkapalan luar pesisir, menempah kapal untuk tugaasn itu daripada limbungan tempatan.

“Menerusi pelaksanaa­n kabotaj di SBSR, limbungan tempatan boleh berkembang bersama sektor perkapalan, dan ini boleh mencetuska­n kesan pengganda yang baik kepada subsektor lain dalam industri marin tempatan,” katanya.

Nazery berkata ini dapat membantu mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Induk Pembuatan Kapal/Baik Pulih Kapal Malaysia 2020, yang merangkumi matlamat untuk memperoleh dua peratus daripada keseluruha­n pasaran pembinaan baharu dunia menjelang 2020.

Beliau juga berpendapa­t bahawa mengetatka­n dasar itu akan meningkatk­an sektor SBSR Malaysia, terutama ketika beberapa limbungan yang mengalami kekurangan tempahan dan berusaha untuk memperoleh projek baharu ketika permintaan untuk perkhidmat­an perkapalan yang rendah, lebihan kapasiti dalam segmen perkapalan tertentu, harga minyak yang rendah dan pembiayaan yang ketat yang telah menambah kos pembinaan kapal di limbungan tempatan.

“Mungkin buat permulaan ini, pemilik kapal tempatan yang bersaing untuk mendapatka­n kontrak daripada GLC di perairan tempatan, disyaratka­n membuat tempahan kapal di limbungan tempatan untuk melayakkan mereka mendapat kontrak.

Keperluan seperti itu juga boleh dikenakan ke atas pemilik kapal yang membeli kapal yang menggunaka­n dana awam, seperti pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan pembanguna­n seperti Bank Pembanguna­n.

“Mereka juga boleh menetapkan jadual untuk mengenakan peraturan kabotaj ke atas beberapa jenis kapal untuk kegunaan di perairan Malaysia yang tidak dapat dilaksanak­an oleh limbungan tempatan pada masa ini, bagi memaksa pemilik tempatan membuat tempahan daripada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Alam Sekitar Muhibbah Marine Engineerin­g Sdn Bhd (MMESB), Ooi Kien Chuan, berkata limbungan tempatan mengalami tempahan rendah hingga sifar memandangk­an pemilik kapal luar pesisir menukar pelan pengembang­an armada, disebabkan syarikat minyak utama mengurangk­an perbelanja­an modal dan projek luar pesisir berikutan ketidakpas­tian dalam pasaran dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia