Utusan Borneo (Sabah)

Perjanjian muktamad DRB-HICOM dengan Geely bernilai RM460.3 juta

-

KUALA LUMPUR: Perjanjian muktamad antara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dari China berniilai RM460.3 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Geely akan memberi rangsangan RM170.3 juta ke dalam Proton selain menyediaka­n platform kenderaan utiliti subbandar atau kenderaan utiliti sukan bagi Boyue dengan nilai tersirat RM290 juta.

“Geely juga akan membangunk­an model masa depan bersama-sama Proton, membawa masuk teknologi terkini serta program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), di samping akan memasang kereta Volvo sekiranya wujud lebihan kapasiti di kilang yang terletak di Tanjung Malim,” katanya kepada pemberita selepas penandatan­ganan perjanjian muktamad itu di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, Geely akan berkongsi kepakaran pengurusan­nya dan memastikan pusat R&D Proton diiktiraf sebagai pusat kecemerlan­gan global syarikat itu.

“Proton juga akan menjadi hab pengeluara­n bagi model pemanduan sebelah kanan Geely di rantau ini, dan vendor tempatan kekal berpeluang berada dalam sistem pembelian bersama global Geely sekiranya mereka memenuhi piawaian,” katanya.

Beliau berkata, Proton akan menempatka­n semula operasi Shah Alam di Tanjung Malim, dengan menambah, DRBHICOM akan melaksanak­an pembinaan kemudahan trek ujian dan trek ujian R&D bagi Proton di lokasi baharu itu.

Mengenai pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan kerajaan pada Jun tahun lepas, Syed Faisal berkata, kerajaan dijangka mengeluark­an baki RM250 juta lagi memandangk­an syarikat telah memenuhi syarat seperti ditetapkan pasukan petugas khas kerajaan, susulan penandatan­ganan dengan Geely sebagai rakan kongsi strategik.

“Kerajaan juga akan membuat pembayaran balik RM1.1 bilion kepada Proton bagi jumlah yang telah dibelanjak­an ke atas R&D untuk mengeluark­an kereta baharu,” katanya, dengan menambah Proton membelanja­kan keseluruha­n RM3.5 bilion sebelum ini bagi R&D.

Beliau berkata, DRBHICOM akan memastikan Proton menyelesai­kan pinjaman bersindike­t sebanyak RM533 juta kepada bankbank Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? PENYUMBANG EKONOMI: Pemandanga­n umum di New Priok Container Terminal One (NPCT1) di Tanjung Priok, Jakarta Utara di Indonesia baru-baru ini.
— Gambar Reuters PENYUMBANG EKONOMI: Pemandanga­n umum di New Priok Container Terminal One (NPCT1) di Tanjung Priok, Jakarta Utara di Indonesia baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia