Utusan Borneo (Sabah)

Anak syarikat MISC dapat kontrak Statoil

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat MISC Bhd, AET Tanker Holdings Sdn Bhd, melalui entiti operasinya,telah memperoleh kontrak jangka panjang bagi memiliki dan mengendali­kan dua kapal tangki ulang-alik luar pesisir D2 daripada Statoil ASA, Norway.

MISC dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia, berkata, kapal-kapal itu akan digunakan dalam operasi Statoil di medan minyak Pelantar Benua Norway di Laut Utara, laut Norway dan laut Barents Selatan.

“Kapal-kapal ini merupakan tambahan kepada dua buah kapal AET DP2 yang sekarang ini sedang dipajakan kepada Statoil,” katanya.

MISC berkata nilai anggaran kontrak dibuat berdasarka­n tempoh pajakan, iaitu pada anggaran AS$200 juta (AS$1 = RM4.28) untuk tempoh lima tahun atau anggaran AS$275 juta bagi tempoh tujuh tahun, ini akan ditentukan oleh Statoil melalui satu pengumuman pada 31 Dis 2017.

AET Tanker merupakan anak syarikat logistik petroleum MISC dan memiliki kepakaran dalam mengangkut petroleum merentasi lautan global. Statoil yang berpangkal­an di Norway, merupakan sebuah syarikat tenaga antarabang­sa yang mempunyai operasi di lebih daripada 30 buah negara serta kehadiran dalam beberapa kawasan minyak dan gas yang paling penting di dunia.

Selepas penganuger­ahan kontrak ini, AET akan mentauliah­kan Samsung Heavy Industries bagi membina dua buah kapal tangki ulangalik DP dengan beban mati seberat 125,000 tan untuk dihantar pada 2019 sebelum menyewakan kapal-kapal berkenaan kepada Statoil. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia