Utusan Borneo (Sabah)

Aktivis prodemokra­si HK anjur protes menjelang lawatan Xi

-

HONG KONG: Penunjuk perasaan prodemokra­si Hong Kong (HK) pada Isnin menutup dengan bendera hitam sebuah patung yang melambangk­an pemulangan bandar raya itu kepada China oleh Britain, beberapa hari sebelum lawatan oleh Presiden Xi Jinping untuk menandakan 20 tahun sejak penyerahan tersebut.

Aktivis pelajar berprofil tinggi Joshua Wong dan 12 penunjuk perasaan mengikat kain hitam itu pada bunga bauhinia emas gergasi berkenaan di tebingan pelabuhan Hong Kong dalam satu protes awal pagi manakala anggota keselamata­n cuba menghalang mereka daripada menaiki tarikan pelancong yang terkenal itu.

Arca bauhinia itu, yang menjadi lambang Hong Kong selepas penyerahan, merupakan hadiah kepada bandar raya itu dari China pada 1997 dan berdiri di luar pusat konvensyen di mana Xi akan menghadiri acara ulang tahun sewaktu lawatan selama tiga hari bermula Khamis ini.

Polis dipanggil untuk menurunkan bendera berkenaan manakala penunjuk perasaan melaung “penentuan sendiri yang demokratik bagi masa depan Hong Kong” dan “satu negara, dua sistem adalah pembohonga­n selama 20 tahun”, yang merujuk kepada status separa autonomi Hong Kong.

Perjanjian “satu negara, dua sistem” yang dibuat ketika Britain menyerahka­n semula Hong Kong kepada China pada 1997 memberi hak kepada bandar raya itu yang tidak ada di tanah besar, termasuk kebebasan bersuara.

Namun kebimbanga­n semakin meningkat bahawa Beijing sedang memijak perjanjian itu dengan campur-tangan dalam beberapa perkara, dari politik hingga kepada pendidikan dan media.

Aktivis seperti Wong menuntut reformasi demokratik, yang dijanjikan dalam perjanjian penyerahan, untuk mengubah sistem di mana pemimpin bandar raya itu masih dipilih oleh sebuah jawatankua­sa yang pro-China dan dewan perundanga­n berat sebelah ke arah Beijing.

Wong mengetuai perhimpuna­n besar-besaran Pergerakan Payung yang menuntut pemilihan kepimpinan yang bebas sepenuhnya pada 2014, tetapi mereka gagal untuk mendapatka­n konsesi.

Sejak itu seruan bagi autonomi atau malah kemerdekaa­n sepenuhnya dari China telah muncul buat pertama kali.

Parti Wong, Demosisto, mahukan referendum rakyat mengenai masa depan Hong Kong pada 2047, tahun apa-bila perjanjian penyerahan itu, yang menjamin gaya hidup dan kebebasan di bandar raya, luput.

“Tindakan protes itu bertujuan untuk menyuaraka­n kemarahan dan kekecewaan kita terhadap pentadbira­n kerana kesilapan politik yang besar sejak 1997,” Demosisto menyebut dalam satu kenyataan.

Ia menuduh China gagal mengotakan kata yang dibuat dalam perjanjian penyerahan, “merampas hak sivil dan politik kepada pilihan raya bebas dan demokrasi daripada rakyat Hong Kong”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia