Utusan Borneo (Sabah)

Tinju: Horn sedia 10 pelan tewaskan Pacquiao

-

BRISBANE: Pencabar dari Australia Jeff Horn mempunyai pelan 10 perkara untuk menewaskan peninju legenda dari Filipina Manny Pacquiao dalam pertarunga­n kejuaraan welterweig­ht Pertubuhan Tinju Sedunia, kata jurulatihn­ya semalam.

Pacquiao (59-6-2, 38 knockout) merupakan salah seorang peninju paling hebat dari generasiny­a dan pilihan yang kuat untuk menewaskan Horn yang belum lagi tewas di Stadium Suncorp, Brisbane, pada Ahad ini.

Namun jurulatih Glenn Rushton berkata dia sudah menonton pertarunga­n silam ‘Pac Man’ selama berjam-jam dan yakin dia mempunyai rancangan untuk membuat kejutan besar.

“Saya tidak ada keraguan bahawa ini adalah pertarunga­n yang jauh lebih baik daripada apa yang kita pernah lihat ketika menentang (Floyd) Mayweather, malah (Jessie) Vargas dan (Timothy) Bradley,” kata Rushton kepada pemberita.

“Saya rasa kami sudah menyingkir­kan semua masalah yang dihadapi ramai peninju ini.

“Saya ada pelan 10 perkara dan Jeff adalah satu-satunya individu yang mempunyai pelan 10 perkara itu. Saya berkata kepadanya, ikut pelan dan kita akan memenangi pertarunga­n itu, semudah itu.”

Horn, bekas guru sekolah berusia 29 tahun yang sudah memenangi 16 daripada 17 pertarunga­nnya dengan satu keputusan seri, berkata dia sudah meneliti rancangan Rushton dan hampir dapat menghafal segalanya.

“Ia adalah pelan yang saya pernah dengar dia sebut kepada saya kira-kira 1,000 kali. Ia dicatatkan dengan sempurna sekali,” katanya.

“Membacanya adalah sama seperti saya mendengarn­ya bercakap kepada saya di dalam gelanggang. Apa yang dia catatkan adalah tepat sekali dan saya dapat melaksanak­an tugas saya jika saya mengikutin­ya 100 peratus.

“Dia hanya menyerahka­nnya kepada saya pada hujung minggu ini dan hanya berkata baca beberapa kali dan pastikan saya jelas mengenainy­a, apa yang perlu lakukan.”

Pacquiao, yang bersara seketika pada tahun lepas sebelum dia kembali dengan jayanya dalam pertarunga­n menentang Vargas pada November lalu, berkata selepas dia tiba di Australia pada hujung minggu lepas bahawa dia yakin dapat menewaskan Horn di hadapan penonton yang dijangkaka­n seramai 50,000 orang.

“saya pernah bertarung dan berlatih dengan peninju yang kasar, peninju yang sukar,” katanya.

“Saya menganggap Horn sebagai lawan yang sukar. Saya tidak pernah memandang rendah mana-mana lawan. Dia belum tewas dan muda. Dia memiliki tangan kanan yang besar. Dia mempunyai pengalaman amatur yang baik.”

Juara dunia lapan dalam lapan divisyen itu menyatakan dia menggunaka­n pertarunga­n itu sebagai peluang untuk membuktika­n dia masih kuasa global pada usia 38 tahun walaupun menimbang sukan tinju dengan kerja sepenuh masa sebagai senator di Filipina.

“Selama saya menceburi sukan tinju, saya tidak pernah begitu bermotivas­i dan bersemanga­t seperti untuk pertarunga­n ini,” katanya.

“Pasukan saya sangat gembira dengan persiapan saya. Saya mengalu-alukan ini dan saya akan pulang sebagai juara dunia.”

Dia menambah dia tahu bagaimana perasaan Horn.

“Saya ingat ketika saya baharu bermula. Saya akan berjaga pada waktu malam dan bermimpi mengenai memenangi pertarunga­n yang besar. Saya tahu bagaimana perasaan Jeff Horn pada minggu ini.”– AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia