Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk muhibah, ketepi ideologi politik

Sempena rumah terbuka Aidilfitri yang diraikan masyarakat berbilang kaum

- Oleh AMIR ANUAR

Kekalkanla­h semangat saling kunjungmen­gunjungi tanpa wujudnya elemen ‘taksub politik’ yang keterlalua­n sehingga memutuskan silaturrah­im sesama kita”

DATUK ABD MUIS PICHO Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik

TAWAU: Segala perbezaan ideologi politik perlu diketepika­n untuk membolehka­n konsep rumah terbuka setiap kali musim perayaan sentiasa berlangsun­g dengan semangat muhibah sesama pemimpin dan anggota masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik merangkap Timbalan Ketua Umno Kalabakan Datuk Abd Muis Picho berkata sambutan perayaan seharusnya disuburkan dengan kasih sayang sesama insan.

“Kekalkanla­h semangat saling kunjung-mengunjung­i tanpawujud­nyaelemen‘taksub politik’ yang keterlalua­n sehingga memutuskan silaturrah­im sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasadite­muidikedia­mannya di Kg Pasir Putih di sini, kelmarin, sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Menurut Muis rumah terbuka adalah tempat untuk mengeratka­n silaturrah­im sesama pemimpin dan masyarakat tanpa mengira latar belakang ideologi politik masing-masing.

“Pada majlis rumah terbuka sebegini, keindahan sambutanny­a dapat kita saksikan apabila para pemimpin dan rakyat berbeza agama dan kepercayaa­n berkumpul bersama-sama.

“Konsep rumah terbuka adalah keunikan yang diamalkan di negara kita, baik oleh pemimpin dan anggota masyarakat dalam suasana harmoni dan aman damai,” katanya.

Antarapemi­mpinyangha­dir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Syed Abas Syed Ali, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Panglima Abd Ghapur Salleh, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung Chan Foong Hin, Ketua Wanita Umno Kalabakan Chaya Sulaiman serta Ketua Pemuda Umno Kalabakan Andi Muhd Suryady Bandy.

 ??  ?? MUIS meraikan kehadiran Tawfiq dan para tetamu yang lain ke majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Kg Pasir Putih.
MUIS meraikan kehadiran Tawfiq dan para tetamu yang lain ke majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamanny­a di Kg Pasir Putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia