Utusan Borneo (Sabah)

Mula turun padang kenal pasti calon PRU14

-

TAIPING: Umno Bahagian Bagan Serai mula turun padang bagi mengenal pasti calon yang berpotensi dan disukai rakyat untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketuanya Datuk Sham Mat Sahat berkata langkah itu dibuat bagi membolehka­n Barisan Nasional (BN) dapat mempertaha­nkan kerusi parlimen itu dan DUN Alor Pongsu serta merampas kembali DUN Semanggol dan Selinsing yang dimenangi pembangkan­g.

“Kita tanya akar umbi calon mana yang mereka suka dan potensinya (calon) untuk memenangi kerusi Parlimen dan DUN sebelum calon itu diketengah­kan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Reunion Bekas Pelajar Sekolah Menengah Alang Iskandar (SMAI) Bagan Serai di sini hari ini yang dihadiri 100 bekas pelajar sesi 1977 dan 1988.

Mengenai persiapan untuk menghadapi­PRU14dikaw­asan itu, beliau berkata segala gerak kerja yang diarahkan pucuk pimpinan telah diatur termasuk mengenal pasti punca kekalahan di DUN Selinsing dan DUN Semanggol pada PRU lepas.

“Umno masih mendapat kepercayaa­n dan sokongan dalam kalangan golongan muda kerana peranan yang dimainkan oleh Pemuda bahagian dan parti komponen BN telah menarik kembali sokongan mereka kepada Umno ,” kata Sham.

Mengulasme­ngenaiprog­ram itu, Pengerusi sambutan Mohamad @Salam Zaini berkata pertemuan semula kali ketiga yang diadakan sejak tiga tahun lalu itu bertujuan mengeratka­n silaturrah­im antara pelajar SMAI.

“Kita mahu rapatkan hubungan antara satu sama lain dan usaha menghubung­i rakan-rakan yang terpisah itu dimulakan sejak awal tahun ini melalui Whatsapp dan Facebook,” katanya sambil menambah program itu akan diteruskan pada masa akan datang.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia