Utusan Borneo (Sabah)

Merakyatka­n budaya Sabah

Perasmian Muzium Kota Mat Sator dan pelancaran Kraf Exotica 3 Julai

- Oleh JOHAN AZIZ

Dengan pembinaan muzium yang menampatka­n galeri bersejarah sudah tentunya menarik lebih ramai pelancong dan ini akan membantu memacu lagi sektor pelanconga­n di daerah ini untuk jangka masa yang panjang.

PELAKSANA THOMAS LOGIJIN Pegawai Daerah Tambunan

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan merasmikan Muzium Kota Mat Sator dan melancarka­n Kraf Exotica 2017 di perkaranga­n muzium itu Kampung Kapayan Lama, di sini, pada 3 Julai depan.

“Majlis itu akan bermula pada jam 8 pagi,” kata Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Thomas Logijin ketika mempengeru­sikan mesyuarat persediaan majlis perasmian itu di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Tambunan, kelmarin.

“Antara lain, majlis itu bertujuan memaklumka­n kepada orang ramai bahawa Muzium Kota Mat Sator telah dibukasepe­nuhnyabers­empena sambutan Tahun Melawat Tambunan 2017 pada tahun ini. Muzium ini menempatka­n galeri serta maklumat mengenai pejuang Sabah, Mat Sator,” katanya.

Pada masa sama, katanya, Kraf Exotica 2017 yang merupakan program tahunan juga akan turut dilancarka­n dalam usaha aktiviti Muzium Sabah merakyatka­n warisan budaya Sabah.

Thomas berkata pelbagai kumpulan etnik dari pelbagai daerah berkampung di premis muzium untuk mempamer dan memperliha­tkan seni pembuatan kraftangan masingmasi­ng pada hari berkenaan.

Menurut beliau Muzium Kota Mat Sator sudah tentunya satu lagi tempat yang boleh dilawati selain daripada tempat pelanconga­n menarik di daerah ini.

“Dengan pembinaan muzium yang menampatka­n galeri bersejarah sudah tentunya menarik lebih ramai pelancong dan ini akan membantu memacu lagi sektor pelanconga­n di daerah ini untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

Beliau meminta orang ramai khususnya dari sekitar daerah ini agar hadir menyaksika­n majlis perasmian Muzium Kota Mat Sator dan pelancaran Kraf Exotica 2017.

Turut hadir di mesyuarat itu ialah Timbalan Pengarah Muzium Sabah Arif Abdul Hamid, Penolong Pegawai Daerah Jumain Abdul Ghani, Pegawai Pembanguna­n Daerah Laiwon Dalus, Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Paladius Dominic, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n.

 ??  ?? THOMAS (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu di Tambunan, kelmarin.
THOMAS (tengah) ketika mempengeru­sikan mesyuarat itu di Tambunan, kelmarin.
 ??  ?? THOMAS
THOMAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia