Utusan Borneo (Sabah)

P.Pinang perlu jelas bayaran kos perundinga­n projek mega

-

GEORGE TOWN: Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang kelmarin digesa supaya memberikan penjelasan mengenai kenyataan bercanggah yang dikeluarka­n dua Exco kanan mengenai jumlah bayaran untuk kos perundinga­n beberapa kajian projek pembinaan tiga jalan utama dan terowong dasar laut.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong Datuk Muhammad Farid Saad berkata Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow telah mengeluark­an kenyataan pada 24 Jun lepas bahawa jumlah RM177.5 juta yang dibayar sepenuhnya itu adalah termasuk bayaran bagi Kajian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA).

Katanya, Chow mengeluark­an kenyataan itu untuk cuba mempertaha­nkan bayaran perundinga­n kepada Zenith Constructi­on yang dikatakan 400 peratus lebih tinggi daripada skala dibenarkan.

Namun, Muhammad Farid mendakwa kenyataan Chow adalah bercanggah dengan kenyataan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkut­an (Udara, Laut, Kereta Api) Lim Hock Seng ketika persidanga­n Dewan Undangan Negeri lepas.

“Ini adalah bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh YB Lim semasa menjawab soalan saya pada Sidang DUN yang lalu.

“Oleh itu saya mohon YB Lim memperjela­skan sama ada kenyataan yang dibuat oleh rakannya YB Chow adalah betul dan benar atau jawapan beliau kepada soalan saya pada Sidang DUN 22 Mei 2017 adalah betul dan benar?,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada persidanga­n DUN 22 Mei lepas, Lim dilaporkan berkata jumlah bayaran kepada semua pihak yang terlibat dalam Projek Jalanjalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang sehingga kini adalah RM219,987,410 dengan pecahan agihan bayaran masing-masing sebanyak RM208,755,080 kepada Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd selaku kontraktor projek dan RM11,232,330 kepada HSS Integrated Sdn Bhd sebagai perunding teknikal projek bebas yang dilantik oleh kerajaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia