Utusan Borneo (Sabah)

NGO dalam misi elak penderaan seksual terhadap kanak-kanak

-

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, IKRAM Malaysia mengadakan misi kesedaran mengenai penderaan seksual kanak-kanak dan mencegah golongan muda daripada menonton pornografi.

Selepas dilatih oleh pakar-pakar, golongan ibu dalam NGO itu melawat sekolah-sekolah bagi mengajar kanakkanak mengenai bagaimana untuk mengenali dan menjaga diri mereka sendiri daripada pelaku pedofilia, kata Ketua Pegawai Pentadbira­n IKRAM Zawiah Mohd Sari.

“Mereka juga memberitah­u kanakkanak tentang pengaruh buruk pornografi. Kebanyakan pelajar sekolah menengah mengakui bahawa mereka menonton pornografi di Internet. Kami menasihatk­an mereka untuk berhenti berbuat demikian dan memberitah­u guru serta ibu bapa bagaimana untuk mengesan apa yang dilakukan anak muda ini dalam talian,” katanya kepada Bernama.

Zawiah berkata anggota IKRAM telah melawat 10 ke 15 sekolah setakat ini di kawasan luar bandar di Kelantan, Terengganu dan Pahang serta berharap dapat melawat ke seluruh negara, tetapi ramai lagi sukarelawa­n diperlukan.

“Kami mempunyai ahli psikiatri dan pakar lain yang boleh memberitah­u kepada sukarelawa­n wanita mengenai tingkah laku dan sifat pedofil serta melatih mereka bagaimana untuk memberi penerangan kepada orang muda,” tambahnya.

Anggota jawatankua­sa IKRAM Haliza Abdul Malik yang membantu menganjurk­an kempen ‘Ibu Menentang Pornografi’ berkata, pelajar sekolah diberitahu mengenai cara pedofil akan bertindak terhadap mereka – “bagaimana mereka bercakap, sentuh anda dan cuba untuk memujuk anda agar lakukan apa yang mereka mahu”.

“Dan kami memberitah­u mereka bagaimana mereka harus melindungi diri sendiri...menjerit, lari, bercakap dengan ibu bapa, guru dan pihak berkuasa,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia