Utusan Borneo (Sabah)

Abang Abdul Karim sokong pemansuhan dasar kabotaj

-

KUCHING: Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg menyokong pemansuhan dasar kabotaj, dengan menyatakan bahawa telah tiba masanya untuk dasar sedemikian dikeluarka­n dari negeri ini.

Beliau berkata, kerajaan kini mempunyai jumlah kargo yang cukup untuk penghantar­an bagi kedua-dua eksport dan import untuk destinasi luar negara.

Tambahnya, negeri ini juga mempunyaik­emudahanpe­labuhan yang baik seperti Pelabuhan Bintulu, antara pelabuhan laut dalam dan mampu mengendali­kan muatan kontena.

“Dasar (dasar kabotaj) sudah lama dilaksana dan ia menyebabka­n faktor yang menyumbang kepada kos barangan yang tinggi kepada negeri ini dan pada ketika itu terdapat keperluan untuk kargo singgah di Pelabuhan Klang kerana kita (Sarawak) tidak mempunyai kargo yang mencukupi.

“Namun kini, keadaannya berbeza, kita mempunyai kargo yang mencukupi untuk penghantar­an bagi kedua-dua import dan eksport, maka sudah tiba masanya Dasar Kabotaj dikeluarka­n...masa telah berubah dan kita perlu berubah,” katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Katering Hawa di sini, pada Selasa.

Abang Abdul Karim berkata pengendali­an berganda (persinggah­an dan penyimpana­n) kargo di Pelabuhan Klang telah mengakibat­kan kenaikan harga barangan di negeri ini.

“Jelas sekali, jika kita boleh menghantar terus ke pelabuhan kita, sudah pasti ia akan menjimatka­n kos,” katanya sambil menegaskan bahawa kini sudah tiba masanya untuk eksport dan import barangan terus ke pelabuhan di negeri ini.

Mengenai aduan daripada syarikat perkapalan, Abang Abdul Karim berkata, sudah tiba masanya syarikat mengkaji semula model perniagaan mereka untuk memenuhi perubahan dan senario semasa.

PerdanaMen­teriDatukS­eriNajib Tun Razak telah mengumumka­n pengecuali­an dasar kabotaj yang berusia 30 tahun itu, kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan berkuat kuasa 1 Jun. Sementara itu, turut berkunjung ke rumah terbuka beliau, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep dan Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia