Utusan Borneo (Sabah)

Debaran larian amal kian terasa

Penyertaan masih terbuka untuk peserta Larian Amal 7K Sutera Harbour 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Debaran para peserta Larian Amal 7K Sutera Harbour 2017 kian terasa, dikala tinggal tiga hari lagi sebelum dilepaskan secara rasmi tepat jam 5.17 petang (17.17 perkiraan 24 jam) pada 1 Januari (Sabtu) ini.

Bagi mereka yang belum berkesempa­tan untuk mengesahka­n penyertaan, penyertaan larian edisi Ke-17 itu terus dibuka dan boleh dibuat di Kaunter Perhubunga­n Ahli di Sutera Harbour & Country Club bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Tahun ini, sumbangan amal yang berjaya dikumpul akan diserahkan kepada tiga badan penerima iaitu Sabah Thalassaem­ia Society, Special Olympics Sabah dan PEMADAM Bandaraya Kota Kinabalu.

Sumbangan amal itu dikumpul melalui yuran penyertaan, pembelian Baucer 7K, tajaan tunai serta Kad Pungutan Derma Sekolah 7K.

Yuran penyertaan ialah RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak dan pelajar di mana pihak penganjur menyediaka­n sehelai Kemeja-T 7K.

Dalam pada itu, larian tahun ini juga akan diceriakan lagi dengan penyertaan beberapa DJ tempatan termasuk Mad Sabah dan Adnan (ERA FM), Peter (MY FM) dan Keith (Hitz FM).

Tahun ini, DJ-DJ berkenaan akan berlari di bawah pasukan Radio Astro Sabah masing-masing di mana pasukan Era diketuai oleh Jay Jay & Lopz, MY FM diketuai oleh Natasha dan Hitz FM diketuai oleh Farhan.

Larian tahun ini mendapat tajaan daripada Sports Toto, Jesselton Medical Centre, Sounds Tech Production dan Suria Sabah sebagai penaja bersama, Ultron selaku penaja pakaian rasmi , 100Plus selaku penaja minuman rasmi; Astro Radio Sabah selaku penyiar radio rasmi, serta sokongan penganjura­n dari Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutua­n) Negeri Sabah [JBSS].

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubung­i Cornelia Tahing di Hotline 7K talian +60 88 303 473 atau melayari laman sosial facebook.com/suteraharb­our.

 ??  ?? MAJLIS Guru-Guru Besar Kota Kinabalu dengan penyertaan 300 murid, guru dan kakitangan.
MAJLIS Guru-Guru Besar Kota Kinabalu dengan penyertaan 300 murid, guru dan kakitangan.
 ??  ?? SJK (C) Good Sheperd Menggatal dengan penyertaan 300 murid, guru dan ibu bapa.
SJK (C) Good Sheperd Menggatal dengan penyertaan 300 murid, guru dan ibu bapa.
 ??  ?? UNIT Fisioterap­i Hospital Queen 1 dengan penyertaan 35 kakitangan.
UNIT Fisioterap­i Hospital Queen 1 dengan penyertaan 35 kakitangan.
 ??  ?? SK Anglo Chinese dengan penyertaan 300 murid, guru dan ibu bapa.
SK Anglo Chinese dengan penyertaan 300 murid, guru dan ibu bapa.
 ??  ?? SM St Francis Convent dengan penyertaan 300 pelajar dan guru.
SM St Francis Convent dengan penyertaan 300 pelajar dan guru.
 ??  ?? AXTRADA (M) Sdn Bhd dengan penyertaan 16 kakitangan.
AXTRADA (M) Sdn Bhd dengan penyertaan 16 kakitangan.
 ??  ?? MARIBUMI Sdn Bhd dengan penyertaan 49 kakitangan.
MARIBUMI Sdn Bhd dengan penyertaan 49 kakitangan.
 ??  ?? IKHLAS Perunding dengan penyertaan 24 kakitangan.
IKHLAS Perunding dengan penyertaan 24 kakitangan.
 ??  ?? KELAB Sukan Bina Puri dengan penyertaan 28 atlet.
KELAB Sukan Bina Puri dengan penyertaan 28 atlet.
 ??  ?? HOSPITAL Likas dengan penyertaan 20 kakitangan.
HOSPITAL Likas dengan penyertaan 20 kakitangan.
 ??  ?? HOTEL Sixty3 dengan penyertaan 30 kakitangan.
HOTEL Sixty3 dengan penyertaan 30 kakitangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia