Utusan Borneo (Sabah)

Piala COSAFA: Aksi Malawi, Mauritius dan Angola, Tanzania membosanka­n

-

PHOKENG: Malawi dan Mauritius selain Angola and Tanzania mencatatka­n keputusan seri 0-0 yang membosanka­n kelmarin, untuk memberi peluang kepada keempat-empat negara untuk memenangi Kumpulan A di Piala COSAFA dan mara ke peringkat suku akhir.

Selepas sembilan gol dalam dua hari perlawanan pertama di kejohanan selatan Afrika di Moruleng, sekelompok kecil penonton yang tidak mempedulik­an cuaca sejuk di Phokeng ternyata tidak teruja.

Tanzania (perbezaan gol campur dua) dan Angola (campur satu) ada empat mata manakala Mauritius (tolak satu) dan Malawi (tolak dua) satu mata memasuki siri terakhir perlawanan kumpulan.

Angola menentang Malawi di Phokeng pada hari ini (Khamis) pada masa yang sama Mauritius berjumpa dengan Tanzania di Moruleng. Kedua-dua stadium terletak dalam kawasan pengeluar platinum di barat laut Afrika Selatan.

Pemenang kumpulan, yang mungkin akan ditentukan oleh perbezaan gol atau jumlah jaringan, menentang juara bertahan Afrika Selatan pada hujung minggu ini pada peringkat suku akhir.

Malawi dan Mauritius mempamerka­n permainan yang lebih menghiburk­an dalam perlawanan pertama dua pusingan di stadium yang digunakan untuk Piala Dunia 2010, yang pertama di Afrika.

Innocent Bokosi menyengat jejari penjaga gol Mauritius yang cemerlang Kevin JeanLouis dengan satu rembatan jarak dekat awal.

Satu lorongan yang sedikit kuat merampas peluang dari Joseph Perticots untuk meletakkan Mauritius di hadapan dalam perlawanan yang menarik perhatian kerana bentesan yang tidak alang-alang.

Peluang terbaik pada separuh masa kedua diperolehi pemain Malawi yang tidak dijaga, John Lanjesi, yang menanduk bola terus ke arah Jean-Louis dari jarak dekat.

Lanjesi, marsyal pertahanan, kemudian diberi amaran – kad kuning keduanya di kejohanan itu – dan digantung untuk perlawanan menentang Angola.

Cubaan jarang sekali tepat dalam perlawanan kedua dan Angola dan Tanzania seakan-akan sekadar mahukan keputusan seri lama sebelum wisel penamat menamatkan pertarunga­n tanpa drama.

Kumpulan B bersambung semalam dengan perlawanan bahagian teratas antara Zimbabwe dan Madagascar diikuti perlawanan Mozambique menentang Seychelles.

Selain itu Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Namibia, Swaziland dan Zambia menerima ‘bye’ ke peringkat suku akhir berdasarka­n rekod mereka dalam Piala COSAFA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia