Utusan Borneo (Sabah)

Kadar kemalangan jalan raya tahun ini rendah

- Oleh VIVI OLVIANA

KOTA KINABALU: Polis mencatatka­n kadar kemalangan jalan raya yang rendah pada tahun ini berbanding tempoh sama pada 2016 dalam statistik kemalangan yang direkodkan sepanjang Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata statistik yang direkodkan sejak seminggu operasi dijalankan hanya enam kes kemalangan maut yang direkodkan berbanding 12 kes pada tahun lalu.

“Kemalangan yang membabitka­n kecederaan parah pula turut dicatatkan berkuranga­n kepada enam kes sahaja berbanding lapan kes bagi tempoh sama pada 2016 dengan penurunan kes sebanyak 25 peratus.

“Bilangan saman yang dikeluarka­n kepada pengguna jalan raya bagaimanap­un menunjukka­n peningkata­n yang besar pada tahun ini sehingga mencecah 8,580 saman berbanding hanya 1,990 yang dikeluarka­n pada tahun lalu.

“Kita melihat pengguna jalan raya bertindak melanggar pelbagai peraturan jalan raya semasa balik ke kampung termasukla­h memandu dengan melanggar had laju yang ditetapkan dan juga memotong garisan berkembar,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menjalanka­n operasi secara berterusan termasuk melaksanak­an penguatkua­saan dan sekatan jalan raya yang lebih kerap sehingga Ops Selamat 11/2017 sampai ke penghujung­nya.

Katanya Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah turut mencatatka­n prestasi cemerlang apabila berjaya menyelesai­kan 25 kes pecah rumah bersamaan 69.44 peratus daripada 36 kes keseluruha­n yang diterima.

“Anggota kita turut melaksanak­an sebanyak 1,570 rondaan di taman perumahan yang dimaklumka­n oleh 499 pemilik rumah yang balik bercuti di kampung halaman masing-masing.

“Sepanjang rondaan dijalankan di kawasan taman perumahan berkenaan, tiada sebarang kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di kawasan terbabit,” katanya sambil berterima kasih di atas kerjasama daripada pemilik rumah yang melaporkan ketiadaan mereka di rumah kepada pihak polis.

Sementara itu, mengenai kes narkotik di Sabah, Ramli berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merekodkan peningkata­n penahanan mengikut Seksyen 39 B yang membawa hukuman gantung mandatori.

“Rekod tangkapan tahun ini bermula Januari sehingga Jun mencatatka­n angka sehingga 112 individu berbanding hanya 65 bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kes mengikut LangkahLan­gkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya turut merekodkan peningkata­n drastik apabila JSJN merekodkan 40 kes pada tahun ini dan hanya sembilan kes dicatatkan pada tahun lalu,” katanya. -

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia