Utusan Borneo (Sabah)

‘Borneo Ant House’

bakal jadi tarikan baharu Sabah

-

TUARAN: Borneo Ant House, galeri bawah tanah seumpamany­a di Malaysia bakal menjadi tarikan pelanconga­n baharu di Sabah apabila mula menerima kehadiran pengunjung mulai 1 Julai ini.

Galeri berkonsepk­an rumah semut yang dilancarka­n Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun itu terletak di Kampung Kindu, Lebuhraya TuaranTeng­hilan, di sini, kira-kira 41 kilometer dari Bandar raya Kota Kinabalu.

Pengarah Eksekutif Borneo Ant House Sufiah Abd Rahim Lee berkata konsep dan idea galeri merangkap taman tema itu diilhamkan oleh suaminya Tarmizi Sandhu beberapa tahun lalu sebelum mengambil langkah seterusnya kerana melihat ada potensi untuk dibangunka­n sebagai produk pelanconga­n.

Beliau yang juga seorang pesara guru berkata projek itu diusahakan bersama anggota keluargany­a pada 2015 di atas tanah seluas 1.2 hektar dengan kos perbelanja­an kira-kira RM700,000.

“Selepas dua tahun, galeri dan taman tema ini siap dibina. Tidak hanya untuk menarik pengunjung beriadah serta memanfaatk­an kualiti masa bersama keluarga, Borneo Ant House ini juga adalah platform untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sini,” katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran galeri tersebut.

Terdahulu, ketika berucap, Masidi turut memuji kesungguha­n dan keberanian keluarga Sufiah untuk melabur bagi mewujudkan produk pelanconga­n di Sabah yang sememangny­a mempunyai masa depan cerah memandangk­an negeri ini adalah lubuk pelanconga­n.

“Inovasi dan kreativiti adalah dua elemen yang amat diperlukan dalam industri pelanconga­n. Produk pelanconga­n itu juga mesti mempunyai tarikan tersendiri yang dapat menarik pengunjung. Jika kita (Sabah) mempunyai lebih banyak produk pelanconga­n, maka akan lebih ramai pengunjung datang,” katanya.

Galeri tersebut dibahagika­n kepada tiga bilik yang mempamerka­n keindahan serta keunikan Borneo merangkumi bilik pameran semut dengan 463 replika semut, warisan budaya dan pedang.

Sebelum memasuki galeri berkenaan, pengunjung terlebih dahulu akan disambut oleh replika semut gergasi di pintu masuk galeri seterusnya menyuntik keterujaan pengunjung apabila meneroka bilik pertama galeri itu yang penuh dengan replika semut di dinding.

Selain itu, ia turut mempunyai taman tema dengan menerapkan keindahan alam semula jadi di persekitar­annya serta rumah pokok moden dan laluan pejalan kaki jambatan gantung disediakan untuk pengunjung berjalan sambil menikmati udara nyaman selain dilengkapi kafeteria.

Bagi mereka yang berminat, harga tiket masuk ke Borneo Ant House untuk rakyat Malaysia ialah RM9 (kanakkanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM19 (dewasa); manakala bagi pengunjung antarabang­sa pula RM18 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM36 bagi dewasa.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia