Utusan Borneo (Sabah)

PAGISA minta SKMM pantau media sosial

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memantau media sosial khususnya facebook bagi mengekang komen-komen atau ulasan berunsur penghinaan terhadap sesuatu kaum dan agama kerana ia boleh menjejaska­n keharmonia­n dan ketenteram­an awam.

Presiden Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA), Razak Haji Rakunman berkata, perbuatan mengheret soal kaum atau bangsa dalam memberikan sebarang ulasan atau komen, apalagi jika bertujuan memperleke­h atau menghina sesuatu kaum tidak wajar dibiarkan dan perlu diambil tindakan tegas.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perbuatan seorang netizen yang membuat komen di facebook dengan menyatakan artikel yang ditulis oleh Pak Min Haji Mulia di facebook sebagai pembohonga­n besar dan mengeliruk­an rakyat dan menyatakan `Pak Min seorang suku lanun memangpun cuba menyesatka­n sejarah’.

Razak menyifatka­n perbuatan netizen ini sebagai satu penghinaan terhadap suku bangsa Iranun.

Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan dan netizen berkenaan perlu meminta maaf secara terbuka terhadap masyarakat Iranun kerana cuba mengaitkan Iranun seolah-olah menyesatka­n sejarah.

Katanya, jika tiada tindakan dibuat, pastinya orang lain akan mudah memperleke­h dan menghina bangsa seseorang dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, soal netizen berkenaan tidak bersetuju terhadap tulisan atau artikel pak min adalah sesuatu yang wajar tetapi dia tidak sepatutnya mengheret soal kaum dalam ulasan itu.

Beliau berkata, Pagisa meminta netizen berkenaan menarik balik kenyataan beliau mengenai kaum atau bangsa. “Soal individu (antara netizen dengan Pak Min) itu urusan mereka berdua,” katanya.

Jangan kaitkan dengan soal bangsa seseorang kerana ia membabitka­n sensitivit­i sesuatu kaum, katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta SKMM memantau seterusnya mengambil tindakan terhadap netizen terbabit kerana komen beliau boleh mengganggu keharmonia­n masyarakat.

Razak juga meminta agar masyarakat Iranun tidak mudahterpr­ovokositer­hadap isu itu sebaliknya meminta mereka membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan berdasarka­n undang-undang yang sedia ada.

 ??  ?? RAZAK
RAZAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia