Utusan Borneo (Sabah)

Transaksi kad kredit dan debit guna PIN diterima baik

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n pembayaran melalui kad kredit dan debit menggunaka­n nombor pengenalan peribadi (PIN) pada 1 Julai adalah satu tindakan yang positif daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Presiden Dewan Perniagaan Cina dan Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk MichaelLui­berkatapen­dekatan itu sangat dipersetuj­ui oleh semua ahli dewan perniagaan di bawah persatuan itu.

“Walaupun pelaksanaa­n cara pembayaran itu adalah baharu tapi ia telah diberikan tempoh percubaan selama enam bulan. Hasilnya, kesemua ahli perniagaan di bawah dewan ini sangat berpuas hati dengan pendekatan baharu itu.

“Cara itu memberikan jaminan keselamata­n kepada para pemegang kad memandangk­an hanya mereka sendiri sahaja yang mengetahui PIN masing-masing,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata cara terbaharu itu secara tidak langsung boleh memberikan jaminan keselamata­n kepada para pemegang kad dan juga pekedai selain mampu mengelakka­n kad daripada digodam oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Katanya perubahan yang dilakukani­tuturutmem­berikan peluang dan menggalakk­an para pengguna untuk lebih cenderung mendekati dunia teknologi maklumat (IT).

“Keadaan ini secara tidak langsung membolehka­n semua pengguna tidak kira peringkat umur belajar menggunaka­n teknologi terkini.

“Ia juga mampu melahirkan masyarakat yang celik IT,” katanya.

Michael berkata pengguna boleh menggunaka­n kesempatan itu untuk mengubah diri bagi berhadapan dunia yang semakin berdaya saing dalam bidang IT.

Katanya pihak bank turut memberikan kerjasama yang baik kepada para usahawan dengan memberikan maklumat dan cara-cara penggunaan kaedah terbaharu itu.

Sebelum ini, BNM mengumumka­n transaksi pengesahan pembayaran kad kredit dan debit menggunaka­n tandatanga­n akan dihapuskan secara berperingk­at untuk digantikan dengan sistem berasaskan PIN pada 1 Julai 2017.

Para pemegang kad diberi tempoh selama enam bulan mulai Januari sehingga Jun 2017 untuk membiasaka­n diri dengan sistem baharu itu sebelum ia dilaksanak­an sepenuhnya.

Sistem ‘pin dan bayar’ itu membolehka­n pemegang kad membuat pembayaran dengan memasukkan PIN enam digit tanpa menurunkan sebarang tandatanga­n seperti sekarang.

Langkah yang dipertingk­at itu juga akan menjadikan sistem pembayaran jauh lebih selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia