Utusan Borneo (Sabah)

KKM akan siasat insiden pil ‘Facebook’

-

PETALING JAYA: Kementeria­n Kesihatan akan menyiasat insiden seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis pil ecstacy yang dipanggil ‘Facebook’ di Johor.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. S. Subramania­m berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu tetapi menasihatk­an orang ramai supaya tidak mengambil sebarang ubatubatan yang tidak diiktiraf oleh kementeria­n itu.

“Kami belum menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi kita akan melakukan siasatan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini. Perkara ini di luar bidang perubatan, ia di bawah bidang kuasa polis.

“Pengambila­n sebarang bentuk pil atau dadah adalah atas risiko individu itu sendiri. Bagaimanap­un, saya ingin menasihatk­an orang ramai supaya hanya mengambil ubat-ubatan yang mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseuti­kal Kebangsaan (BPFK),” katanya pada sidang media pengenalan pemain baharu Majlis Sukan India MalaysiaPe­rsatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA) di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai seorang wanita mati otak selepas mengambil pil ecstacy di sebuah kelab malam, di Johor.

Subramania­m, yang juga penasihat MISC-MIFA, berkata pihaknya juga sentiasa menitikber­atkan jenis ubat dikeluarka­n, sama ada selamat dimakan, diuji dan diiktiraf oleh farmaseuti­kal.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia