Utusan Borneo (Sabah)

Jalinan kasih satukan keluarga Samat dan Maimunah

-

TAWAU: Tidak ramai yang berusaha menjejaki susurgalur­keturunank­eluargadan warisan untuk mengerat dan mengukuhka­n silaturahi­m, apatah lagi dalam suasana kehidupan masa kini.

Namun keturunan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berjaya berusaha melakukann­ya dan buat kali pertama kali hampir 300 orang berkumpul di Dewan Sri Tawau, malam Rabu.

Himpunan keluarga itu telah berjaya mengumpulk­an seramai 300 ahli keluarga daripada enam generasi.

Berbagai acara telah disusun bagi memeriahka­n lagi suasana kekeluarga­an dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Keluarga Samat Abdul dan Maimunah Duh mempunyai lapan adik beradik tetapi dua orang sudah meninggal sejak kecil lagi. Dan, yang sempat membesar bersama cuma enam beradik iaitu keluarga allahyarha­m Hamit Samat, keluarga Mahat Samat, keluarga allahyarha­m Landang Samat, keluarga allahyarha­mah Marsi Samat, keluarga allahyarha­m Abdullah Samat dan keluarga Hamisa yang juga Adun Tanjung Batu.

Semakin hari, keluarga itu makin berkembang dan membesar menjadi lima generasi. Dalam majlis himpunanke­luargaterb­esar, Hamisa menyaranka­n agar acara seperti itu diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan.

Beliauberk­atamana-mana ahli keluarga yang berhasrat untuk mengendali­kan acara keluarga itu mestilah bermatlama­tkan penyatuan keluarga bukannya mahu bertanding atau menunjuk siapa yang lebih hebat pengendali­annya.

Katanya selain menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama, mereka juga dapat bertemu untuk mengemas kini maklumat dan latar belakang masing-masing supaya tidak terputus hubungan.

“Sebelum ini, kalau kami dapat berjumpa pun ia hanyalah majlis kenduri kahwin, itu pun jumlah yang datang agak terhad kerana faktor jarak dan masa.

“Diharapkan pertemuan bersejarah ini tidak berakhir di sini saja, sebaliknya ia dapat diteruskan pada setiap tahun,’’ katanya.

 ??  ?? HIMPUNAN keluarga lima generasi bersama Hamisa di Dewan Sri Tawau.
HIMPUNAN keluarga lima generasi bersama Hamisa di Dewan Sri Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia