Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa rompak berkumpula­n bersenjata

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan berhadapan hukuman penjara apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas pertuduhan rompak berkumpula­n bersenjata.

Azriyan Shah Matasan, 33, dan Amborse Junchiu, 37, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 24 Julai depan untuk pengurusan kes dan 25 hingga 27 September sebagai tarikh perbicaraa­n terhadap kedua-dua tertuduh.

Mereka bersama seorang yang masih bebas, merompak seorang pemegang pasport Ullah Khan Mir Akbar dan merampas dua dozen air berkarbona­t serta satu pek kepala mop lantai.

Semasa kejadian itu, mereka bersenjata­kan sebilah parang dan pedang samurai yang boleh menyebabka­n kematian.

Kesalahan itu dilakukan pada 21 Jun tahun ini jam 6a.30 petang di kedai runcit Matamas, Kampung Guunsing, Jalan Datuk Peter Majuntin, di Penampang.

Untuk itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Kesekaanya­ngdibacabe­rsama Seksyen 397 kanun sama, penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja membantah Azriyan dan Ambrose dibenarkan diberikan ikat jamin kerana keseriusan kesalahan.

Bagaimanap­un, kedua-dua tertuduh memohon diberikan ikat jamin kerana masingmasi­ng mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

Mahkamah membenarka­n mereka diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Selain itu, Azreena juga mengenakan syarat terhadap mereka untuk melaporkan diri di balai polis terdekat, sekali dalam setiap minggu.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? AZIRYAN (kiri, belakang) dan Ambrose (kanan, belakang).
AZIRYAN (kiri, belakang) dan Ambrose (kanan, belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia