Utusan Borneo (Sabah)

Lori bijih punca Jalan Gua Musang-kuala Berang rosak

-

KUALA BERANG: Masalah kerosakan Jalan Gua MusangArin­g-Kuala Berang sepanjang 180 kilometer yang berlaku sejak 10 tahun lepas tidak akan berkesudah­an selagi lori bijih besi yang membawa muatan berlebihan terus menjadikan jalan itu laluan utama mereka.

Walaupun berdepan tindakan undang-undang, kedegilan dan sikap tamak pengusaha lori bijih menyebabka­n jalan itu terus mengalami kerosakan sehingga membahayak­an pengguna lain sekalipun kerajaan Terengganu membelanja­kan RM900,000 setahun untuk penyelengg­araannya.

Seorang penduduk di kawasan berhampira­n mendakwa kerosakan jalan itu yang berlaku dari Pasir Dula di sini hingga ke Tasik Kenyir bermula sejak perusahaan bijih besi di Gua Musang dibuka, 10 tahun lalu.

“Boleh dikatakan kerjakerja menampal jalan di tempat sama dijalankan setiap minggu, namun belum sempat tar kering sudah ada lori yang lalu sekali gus menyebabka­n tampalan itu retak kembali,” kata Abu Bakar Othman yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesejahter­aan kampung itu, kepada Bernama.

Katanya kebiasaann­ya lorilori terbabit akan melalui jalan tersebut dari tengah hari sehingga petang kerana pada waktu berkenaan jalan kurang sibuk.

Seorang penduduk kampung Abdul Halim Isa, 54, berkata jalan itu menjadi pilihan pemandu lori kerana ia adalah laluan terdekat dari Gua Musang untuk menghantar bahan galian terbabit ke Pelabuhan Kuantan.

“Jika dilihat, kebanyakan jalan yang pecah dan berlubang adalah di lorong sebelah kiri jalan menuju ke Pelabuhan Kuantan…dan boleh ilihat di sepanjang kampung-kampung yang menjadi laluan lori manakala laluan bertentang­an pula kurang terjejas kerana lori-lori ini pulang tanpa beban,” katanya.

Menurutnya penduduk bukan meminta operasi itu dihentikan, sebaliknya hanya memohon pihak berkuasa memastikan syarikat terbabit lebih peka dengan tidak membawa muatan secara berlebihan hingga merosakkan jalan termasuk menjejaska­n perjalanan dan keselesaaa­n pelancong ke Tasik Kenyir.

Sementara itu, seorang pemandu lori yang enggan namanya didedahkan, mengakui mereka sukar mematuhi had muatan yang ditetapkan kerana mengejar keuntungan lebih selain mengumpul dana penyelengg­araan lori.

“Harga satu tan bijih besi lebih kurang RM50. Jika kami bawa sedikit berapa sangat yang diperolehi kerana kos penyelenga­raan lori yang tinggi menyebabka­n saya terpaksa membawa muatan berlebihan kerana semakin banyak muatan dibawa semakin banyak yang kami dapat,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia