Utusan Borneo (Sabah)

Ibu tunggal tabah jaga anak istimewa

-

SHAH ALAM: Keletahnya yang bersahaja mencuit hati namun pada masa sama menimbulka­n rasa sebak di hati sesiapa yang melihatnya.

Ini kerana sekalipun Muhamad Raif Hakimi Hata sudah berusia sembillan tahun, susuk tubuhnya seperti kanakkanak berusia setahun.

Dilahirkan dalam keadaan kurang oksigen ketika dalam kandungan, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memiliki saiz kepala lebih besar berbanding kanak-kanak normal menyebabka­n anak istimewa ini hanya mampu terlantar.

“Menjaga Muhamad Raif tidak susah kerana saya tidak perlu membawanya ke hospital untuk sebarang rawatan, saya hanya perlu memberinya makanan tambahan,” kata ibunya Ainizahnor Zakaria kepada Bernama, di sini.

Ainizahnor, 49, yang juga ibu tunggal dan tidak bekerja, berkata dia tidak menganggap kehadiran Muhamad Raif sebagai beban.

Katanya dia juga reda dengan ketentuan Illahi selepas ditinggalk­an suami selepas Muhamad Raif dilahirkan.

Ainizahnor antara 1,500 penerima sumbangan sempena program Ziarah Kasih Ramadan anjuran Yayasan Tabung Haji dan UMNO yang disampaika­n Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim baru-baru ini

Ditanya bagaimana dia meneruskan kehidupan tanpa suami selain tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak istimewany­a, Ainizahnor berkata dia bersyukur kerana turut dibantu anak perempuan sulung berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kedai pakaian di Seksyen 17 di sini.

“Walaupun gajinya tidak seberapa tapi Alhamdulil­lah dapat sedikit sebanyak membantu kami anak-beranak menyara kehidupan, tambahan pula saya turut terima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor kira-kira RM250 setiap bulan untuk membeli lampin, susu, nestum dan sebagainya.

“Saya juga bersyukur setiap tahun menerima sumbangan Yayasan Tabung Haji melalui program Ziarah Kasih Ramadan dan ini merupakan tahun ketiga saya menerima sumbangan ini,” katanya yang menetap di Seksyen 19.

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, ibu tunggal itu berkata mereka sekeluarga menyambutn­ya secara sederhana namun persalinan baju raya turut disediakan untuk Muhamad Raif supaya anak kesayangan­nya dapat merasai kegembiraa­n seperti kanak-kanak lain. - Bernama

 ??  ?? ABDUL Azeez (kanan) menyampaik­an sumbangan raya kepada kanak-kanak kelainan upaya Muhammad Raif Hakimi Hata, 9, pada majlis Program Ziarah Kasih Ramadan AlMubarak 2017 yang diadakan di Masjid Raja Tun Uda, Seksyen 16, baru-baru ini.
ABDUL Azeez (kanan) menyampaik­an sumbangan raya kepada kanak-kanak kelainan upaya Muhammad Raif Hakimi Hata, 9, pada majlis Program Ziarah Kasih Ramadan AlMubarak 2017 yang diadakan di Masjid Raja Tun Uda, Seksyen 16, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia