Utusan Borneo (Sabah)

KSN akan jumpa Cuepacs

Untuk bincang penambahba­ikan sektor penjawat awam

- TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara

KUALALUMPU­R:Kerajaan akan berjumpa pihak Kongres Kesatuan Pekerjapek­erja dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) bagi membincang­kan cadangan menambah baik sektor penjawat awam termasuk cadangan kongres berkenaan supaya gaji penjawat awam dan pencen pesara dinaikkan sehingga tiga peratus.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perjumpaan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Ali mengulas kenyataan Cuepacs sebelum ini yang dilapor mencadangk­an supaya perkara berkenaan diberi pertimbang­an sewajarnya oleh kerajaan dalam Bajet 2018.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan di KL Sentral dan laluan pejalan kaki baharu yang menghubung­kan pusat sehenti pengangkut­an rel awam itu dengan Stesen Transit Aliran Massa Muzium Negara, di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, mengulas lanjut Ali menarik perhatian bahawa kerajaan telah memberi kenaikan tiga peratus secara automatik kepada penjawat awam yang telah mencapai tahap maksimum tangga gaji masing-masing, sejak dua tiga tahun lepas.

“Dulu penjawat awam apabila sampai ke had maksima gaji, kena tunggu naik pangkat (untuk naik gaji), tetapi sekarang memang dah automatik...kita laksana sejak 2014,” katanya. - Bernama

Dulu penjawat awam apabila sampai ke had maksima gaji, kena tunggu naik pangkat (untuk naik gaji), tetapi sekarang memang dah automatik...kita laksana sejak 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia