Utusan Borneo (Sabah)

Laluan pejalan kaki KL SentralMuz­ium Negara dibuka 17 Julai

-

KUALA LUMPUR: Laluan pejalan kaki (linkway) menghubung­kan KL Sentral dan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai bermula 17 Julai ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata projek yang hanya menelan belanja RM50 juta itu dan membabitka­n pembinaan laluan sepanjang 240 meter berjaya disiapkan enam bulan lebih awal berbanding perancanga­n awal iaitu 18 bulan.

“(Sebelum ini) ada cadangan untuk bina ‘linkway’ ini dengan gunakan laluan bawah tanah dan sebagainya dengan anggaran kos RM380 juta tetapi selepas mengambil kira pandangan Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB), projek ini berjaya disiapkan dengan kos RM50 juta, iaitu penjimatan kos sekitar RM330 juta,” katanya.

Ali, yang ditemui pemberita ketika meninjau laluan pejalan kaki itu di sini kelmarin, berkata selain Stesen MRT Muzium Negara dengan KL Sentral, laluan pejalan kaki berhawa dingin itu turut menghubung­kan beberapa lokasi lain termasuk Menara CIMB, Hotel Le Meridien, Hotel Hilton serta Platinum Sentral.

Turut hadir Pengarang Urusan Kumpulan MRCB Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Aliyangjug­aPengerusi­MRT Corporatio­n Sdn Bhd berkata laluan pejalan kaki berhawa dingin berkenaan yang sebahagian­nya merupakan bawah tanah hanya mengambi masa kira-kira empat minit bagi pengguna untuk berjalan kaki dari KL Sentral ke Stesen MRT Muzium Negara.

Pembukaan laluan pejalan kaki itu dilaksanak­an serentak dengan perasmian Fasa 2 jajaran MRT-Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) membabitka­n laluan Semantan-Kajang sepanjang 30 km dan 19 stesen yang bakal disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini.

Pelancaran Fasa 2 itu sekaligus melengkapk­an jajaran SBK sepanjang 51 kilometer yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 500,000 penumpang yang menggunaka­n perkhidmat­an itu setiap hari.

Fasa pertama jajaran MRT SBK dari Sungai Buloh ke Semantan, dengan 12 stesen telah mula beroperasi sejak 16 Dis tahun lepas.

Dalam pada itu, Ali berkata kerajaan akan mengkaji kaedah bagi menambah baik KL Sentral yang kini dilihat terlalu padat dengan pengguna.

“Kalau lihat pada kapasitiny­a adalah untuk 100,000, sekarang dah capai 200,000. Banyak penambahba­ikan perlu dibuat.

“Kerajaan akan bincang dengan pihak yang terlibat untuk cari jalan macam mana untuk besarkan lagi stesen atau tambah baik kemudahan yang ada,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia