Utusan Borneo (Sabah)

Kehilangan peralatan radar ketenteraa­n di PTP boleh jejas reputasi: MB

-

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap pihak berkuasa menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes kehilangan peralatan radar ketenteraa­n bernilai jutaan ringgit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dekat Gelang Patah, di sini.

Mohamed Khaled berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi memastikan sama ada kejadian terbabit merupakan jenayah terancang, kecuaian atau sebagainya.

“Kejadian sebegini boleh menjejaska­n reputasi pelabuhan-pelabuhan di negeri ini iaitu tiga pelabuhan yang kini dalam usaha untuk dijadikan pusat logistik serantau.

“PTP merupakan pelabuhan keenam terbesar dari segi kargo berbanding tempat lain. Jadi, apa yang berlaku tidak boleh diambil mudah tetapi perlu perhatian serius. Soal-soal sebegini, kalau disebabkan oleh kekurangan, kelemahan dan sebagainya, ia tidak baik kepada kita (kerajaan negeri),” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas di Stadium Perbandara­n Pasir Gudang di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata demikian sebagai mengulas kehilangan peralatan radar ketenteraa­n bernilai jutaan ringgit di PTP baru-baru ini seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini.

Laporan akhbar itu yang memetik sumber berkata barangan yang diletakkan di dalam sebuah kontena tiba dari Australia pada bulan lepas dan sepatutnya dihantar ke Belanda melalui negeri ini, namun ia tidak mempunyai permit yang diperlukan menyebabka­n ia ditahan.

Menurut laporan akhbar itu lagisemuap­eralatanke­tenteraan yang dibawa masuk dan keluar dari mana-mana pelabuhan di negara ini memerlukan permit khas daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkina­n barangan berteknolo­gi tinggi itu sudah dibawa keluar secara rahsia dari negara ini menggunaka­n kapal lain untuk dihantar ke Belanda bagi mengelakka­n sebarang masalah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia