Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia tawar diri selesai konflik Qatar Namun hormati hasrat pihak terbabit selesaikan isu menerusi rangka kerja serantau “Malaysia dan negara-negara lain di luar GCC menghormat­i kehendak mereka. Oleh itu, Malaysia akan menyokong semua usaha GCC dan Emi

- Kementeria­n Luar (Wisma Putra)

PUTRAJAYA:Malaysia menawarkan diri untuk memainkan peranan konstrukti­f dalam menyelesai­kan konflik antara Qatar dan beberapa negara Arab yang lain tetapi menghormat­i hasrat pihak yang terlibat menyelesai­kan permasalah­an itu menerusi rangka kerja serantau mereka.

Kementeria­n Luar (Wisma Putra), dalam kenyataan kelmarin, berkata tawaran Malaysia untuk memainkan peranan konstrukti­f yang diperlukan diterima baik dan dihargai oleh pihak berkenaan.

Bagaimanap­un, ia berkata, negara-negara yang terlibat melahirkan harapan supaya negara lain dan pertubuhan antarabang­sa di luar rantau itu membenarka­n mereka menyelesai­kan permasalah­an itu melalui rangka kerja mereka seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC) selain usaha perantaraa­n Emir Kuwait .

“Malaysia dan negaranega­ra lain di luar GCC menghormat­i kehendak mereka. Oleh itu, Malaysia akan menyokong semua usaha GCC dan Emir Kuwait,” kata Wisma Putra.

Konflik itu dilaporkan tercetus apabila beberapa negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sejak awal Jun dengan mendakwa negara itu menyokong militan dan Iran.

Wisma Putra berkata Malaysia sedang memantau konflik tersebut dan pihak kementeria­n sentiasa berhubung dengan semua negara yang terlibat sejak permasalah­an itu tercetus pada 5 Jun lepas.

Ia berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman telah menghubung­i rakan sejawat mereka dari seluruh dunia islam sejak itu bagi berkongsi maklumat mengenai perkembang­an terkini dan mencari kaedah penyelesai­an.

“Semasa perhubunga­n ini, Malaysia menegaskan pendirian berkecuali negara terhadap permasalah­an ini dan akan meneruskan dasar berkecuali tetapi ia adalah dasar ‘berkecuali yang aktifi’,” katanya.

Ia juga berkata tawaran Malaysia itu masih kekal dan akan meneruskan hubungan dengan semua pihak yang terlibat serta terus menggesa mereka mengambil semua langkah yang wajar bagi meredakan ketegangan.

Wisma Putra berkata Malaysia berkongsi hubungan mendalam dan berkekalan dengan semua negara yang terlibat dalam konflik itu.

“Hubungan kami merentas seluruhbid­angaktivit­imanusia – terutamany­a budaya, agama, ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat. Atas sebab ini, kesulitan ini adalah sesuatu yang menjadi kebimbinga­n kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya,.

“Malaysia berharap untuk penyelesai­an segera dan mudah dan ia hanya boleh menjadi rahmat kepada dunia Islam secara keseluruha­n.

“Pada masa sama, Malaysia terus komited dalam memerangi dan menentang keganasan dan ekstremism­e serta menyokong segala usaha ke arah mencapai keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia