Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat capaian internet ke arah ekonomi digital

-

LAWAS: Beberapa lokasi di Lawas sudah dikenal pasti bagi kelulusan pembinaan menara telekomuni­kasi untuk meningkatk­an capaian Internet sekali gus merealiasi hasrat menjadikan negeri ini ke arah ekonomi digital.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan merancang meningkat lagi kemudahan telekomuni­kasi secara menyeluruh membabitka­n semua kawasan luar bandar termasuk di daerah Lawas.

“Pembinaan menara telekomuni­kasi di Lawas satu senarai rancangan kita untuk meningkatk­an infrastruk­tur dan telekomuni­kasi seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada sambutan Rumah Terbuka Raya di Kampung Dato Kuala Lawas di sini semalam.

Turut sama ialah isteri beliau Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Timbalan Pengerusi Parti PBB Bukit Sari Kaunselor Awangku jinal Abidin Pengiran Jawa dan jemputan lain.

Awang Tengah juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua memberitah­u Limbang termasuk Lawas turut dihubungka­n melalui kemudahan fiber optik.

“Daerah Limbang dan Lawas juga dihubungi dengan teknologi telekomuni­kasi fiber optik dan ini berlaku kerana kita mempunyai kerjasama baik dengan negara Brunei,” katanya.

Beliau optimis dengan adanya prasarana itu, sektor perniagaan dan e-perdaganga­n dapat dipertingk­at.

Mengulas mengenai Projek Perintis Rimbunan Kasih (PRK) pertama diperkenal di negeri ini iaitu di daerah kecil Sundar Lawas, ia satu model perniagaan berkonsep pembanguna­n holistik untuk meningkatk­an pendapatan masyarakat terutama di Sundar, dan Awat-Awat Lawas.

Beliau berkata ia merupakan projek ekonomi berasaskan pertanian dan perternaka­n menampakka­n hasil apabila mengeluark­an hasil tuaian buah tembikai emas mempunyai pasaran liuas di Negara Brunei Darussalam.

PRK merupakan usaha kerajaan dalam membangunk­an dan mengenal pasti sistem pertanian moden dan ekonomi di luar bandar.

PRK ini menurutnya dikendali pihak swasta di bawah IRIS Corporatio­n berperanan membimbing peserta melalui kursus dan latihan dari segi pengeluara­n dan pemasaran.

Jelasnya, ia turut meberi peluang pekerjaaan, dapat manfaat projek ekonomi yang boleh memberi peningkata­n pendapatan.

Dalampadai­tuAwangTen­gah terharu dengan sambutan luar biasa pelbagai lapisan masyarakat berlainan agama, budaya dan kaum memeriahka­n rumah terbukanya selama tiga hari di daerah ini bermula Hari Raya Kedua lepas.

“Saya berbangga sekali sejak Hari Raya Kedua, di Lawas dan rumah terbuka di kampung saya sendiri. Ramai datang daripada pelbagai lapisan masyarakat dari peringkat kanak-kanak sehingga orang tua.

“Ini bukan sesuatu baharu, dalam apa perayaan pun kita melihat perpaduan yang begitu kukuh,”katanya.

 ??  ?? MORLIAH (duduk kiri), Awang Tengah dan adiknya Awang Damit Ali Hasan (kanan) melakukan tepung tawar pada majlis rumah terbuka beliau di Kampung Dato Kuala Lawas.
MORLIAH (duduk kiri), Awang Tengah dan adiknya Awang Damit Ali Hasan (kanan) melakukan tepung tawar pada majlis rumah terbuka beliau di Kampung Dato Kuala Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia